Rabu, 31 Oktober 2012

:: Exam Mood::

Bismillahirrahmanirrahim...

ohoho.....cheQ la ni tengah musim exam....sebenaQnya, dah satu kertas peperiksaan selamat diduduki... 2 more to go...huhu... paper MZE 3102 - Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah DONE!!!

dua lagi nak kena pulun baca ni... BMM 3111 dan BMM 3112.... oh...sungguh syahdu nak habiskan study subjek ni...

padan muka cheQ pasai tak mau study dari awai... dah waktu genting lagu ni baru la duk terkial-kial study... ada soalan spot pun ghasa nak meghoyan tengok..haha...

mak cheQ pesan " hang tak payah la tengok tv, baca buku"..ok...tak tengok tv...tp cheQ bukak laptop...haha.tak bulih harap...

ok la.. sambil duk study tu jangan lupa solat, doa, tawakal pada Allah noo...pesanan untuk diri sendiri jugak ni....:)

haha...tipu!!!!!!!!!!!!

wassalam...




:: Berakhirnya Kisah Saiful Nita::

Bismillahirrahmanirrahim....

Slot Samarinda - Saiful Nita dah berakhir..... tak ada apa pun..cheQ saja ja...bukan la cheQ nak buat review ka apa ka...hehe... saja nak tulih pasai cheQ suka kat hero dia... ha la, suka tengok, bukan suka apa...sat lagi lebih-lebih ada oghang marah..hehe

" awak.......... please jangan pergi....."

sumber: tok ki google
 haha...dah episod last baru la hang nak suka kat saiful tu kan nita oii... awai-awai dulu bukan main galak lagi hang duk berchenta dengan org lain..huhu...

hang tengok, saiful ni sikit punya hensem...

sumber : tok ki google
cheQ taktau pasaipa kak ipaQ cheQ gelak bila cheQ kata si saiful ni hensem... muka dia macam nak kata "lagu-ni-hang-kata-hensem.-tak-dak-taste"...

haha....cheQ tak peduli oghang nak kata apa, yang penting cheQ ghasa dia hensem + suara yang macho.... achoooommmmm....(bersin plak) haha... jangan marah noo.....


sumber : tok ki google
yang ni pulak penyanyi OST ceghita Saiful Nita ni..lagu best oooo.... cheQ suka lagu ni... duk terngiang-ngiang kat telinga..haha..

"kupilih hatimu, tak ada ku ragu.. mencintamu adalah hal yang terindah... dalam hidupku oh sayang, kau segalanya untukku....

janganlah jangan kau sakiti hati ini, sampai nanti, disaat ragaku sudah tidak bernyawa lagi..........."

ok sekian...jom sambung baca buku...
huhu

wassalam.. 



Jumaat, 26 Oktober 2012

::Tazkirah Ringkas Pagi Jumaat #2::

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Aidiladha....salam pengorbanan...



"Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak"...
"Hambamu datang menyahut panggilanmu. Tidak ada sekutu bagimu. Hambamu datang menyahut panggilanmu....Sesungguhnya segala pujian dan nikmat...Dan pemerintahan adalah kepunyaamu...Tidak ada sekutu bagimu."

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



Alhamdulillah, hari ni kita sama-sama menyambut hari raya Aidiladha... Raya ni macam-macam nama orang sebut.. raya haji, raya Qurban, raya Aidiladha... walau apa pun nama ia tetap perayaan yang sama.

cheQ nak share sikit gambaQ raya haji tahun lepaih punya... keluarga cheQ buat Qurban...


ramai-ramai pakat pi tempat nak Qurbankan lembu... angkut semua anak-anak sedara yang kecik besaQ semua ikut.... yang kopiah putih pakcik yang tukang sembelih lembu...


ni daging yang dah bawak balik ghumah...nak agih-agihkan...cheQ nak fokus kat kepala lembu tu sebenQnya..:D

alhamdulillah...semoga Qurban yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t.....
ameenn...

wassalam...


Khamis, 25 Oktober 2012

::Kuih Seri Muka::

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni cheQ tiba-tiba teringin nak makan kuih seri muka.....eh, betui kan nama dia kuih seri muka? tapi macam ingat mak cheQ sebut nama dia pulut sekaya...
ok...cheQ carik dah kat google tadi, nama kuih lain, tapi kuih yang sama...hehe

sedapnya kalau dapat makan kuih ni....nyum3....

tengok gambaQ yang lama-lama tadi jumpa kuih ni, tu ghasa nak makan tu..


ni kuih seri muka versi cheQ..ok...versi mak cheQ yang sebenaQnya..pasai ni resepi mak cheQ punya... cheQ tukang masak jaa..hehe..

 permukaan hijau tu tak cun berseri pasai resepi ni yang hijau tu masak dulu....yang pulut tu kukus asing....jadi bila pulut dah masak,baru la  tuang yang hijau tu yang dah dimasak...bukan kukus...tu dia jadi lagu tu...


versi dah dipotong...macam lembut sikit yang hijautu....tapi, apa pun, tak dan nak ulang 2 3 kali makan, dah habih kena ngapppp....
huhu.... sodap.....lemak berkirim disukai ramai.....

ok.....cheQ kena carik kuih ni la ghasanya...mengidam dah ni....  kena try buat ni..cheQ nak buat yang versi kukus pulak...:D

wassalam....


Rabu, 24 Oktober 2012

::Resepi Ayam Pandan::

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni cheQ nak share resepi ayam pandan.. yang sebenaQnya, resepi asai cheQ tengok dalam rancangan Baba's Cubits.. tapi resepi asai daging pandan... ehhehe...curang resepi ni....bukan apa, nak jugak try, tapi bahan tak dak..jadi guna hak mana yang ada jaa....resepi pun tak berapa nak ikut yang asai pasal chef tu buh banyak sangat rempah ratus...yaala, nak promosi produk Baba's kan...macam-macam dia buh...ghumah cheQ ni mana la nak ada rempah-rempah tu semua...yang basic tu ada la...


begitu la ghupa ayam pandan yang cheQ dengan mak masak...uhuhu...

ni cheQ bagi resepi yang dah diubahsuai... 

bahan-bahan:
400g ayam
serbuk kari
garam
tomato
kubis
cili merah
bawang
daun pandan

cara-cara:
1. potong ayam, basuh, toskan. gaulkan bersama dengan garam dan serbuk kari.
2. potong daun pandan haluih-haluih...
3. gorengkan ayam bersama daun pandan dalam minyak yang panaih. kemudian masukkan bawang yang telah dipotong.
4. hiaskan pinggan dengan kubis.
5. angkat ayam dan letakkan diatas pinggan.
6. hiaskan dengan hirisan tomato dan cili merah.

cheQ ghasa lagu ni la resepi yang cheQ masak hari tu..tak berapa nak ingat dah..hehe..ampun.....selamat mencuba...:D

wassalam....

Selasa, 23 Oktober 2012

::Apa itu Lower Backpain?::

Bismillahirrahmanirrahim....

hari ni cheQ nak ceghita pasai satu jenih penyakit ni...tak tau la hangpa penah dengaQ ka dak.... cheQ pun tau pasai mak cheQ kena penyakit ni hujung tahun lepaih.. teruk juga la...sampai mak cheQ nak mangkit berjalan pun payah, sakit....duk baring jaa... nak sembahyang pun mak cheQ sembahyang duduk pasai time nak rukuk tu sakit... 

masa mula pi cheQ kat hospital tu, doktor teruih buat x-ray...depa kata tulang  berselisih....

sumber : tok ki google.

cheQ pun tak berapa pasti sangat bahagian tulang yang mana, hangpa tengok la gambaQ tu....bahagian tu la cheQ ghasa...

disebabkan tunggu appoinment yang setrusnya dengan doktor lambat lagi, ayah cheQ pun bawak la  mak pi berubat secara alternatif. pasai kesian jugak tengok mak cheQ duk sakitlagu tu..berat badan susut...nak berjalan pun payah... duk baring jaa... kalau nak berjalan dalam ghumah kena papah....sedih tengok keadaan mak lagu tu...

ayah cheQ bawak pi berubat dengan tukang masuk tulang. oghang kata tukang urut tu tukang masuk tulang gajah..hak tu cheQ pun tak tau la noo..hehe

alhamdulillah....mak cheQ pun beransur-ansur sembuh....bulih dah berjalan pelan-pelan tak dak oghang pegang pun....

walaupun dah beransur sembuh, tapi pi jugak fisioterapi yang pihak hospital suh pi...

mak cheQ tengah naik basikal..hehe
ni salah satu latihan fisio yang mak cheQ kena buat... ada latihan lain-lain jugak... beberapa kali mak cheQ pi... ubat pun banyak nak kena makan...senaman untuk buat sendiri  dekat ghumah pun ada jugak... appoinment dengan doktor yang last bulan 12 nanti.. harap mak cheQ dah sihat betui la dari sakit ni....

ayah senyum sikit...heehe

menunggu giliran untuk jumpa doktor..ada la 3 jam jugak menunggu nak jumpa doktor ni... sungguh la bosan...huhu


penyakit ni ada kaitan jugak dengan umuQ kot..

"Younger adults (e.g. 30 to 60 year olds) are more likely to experience back pain from the disc space itself (e.g. lumbar disc herniation or degenerative disc disease) or from a back muscle or other soft tissue strain.
Older adults (e.g. over 60) are more likely to suffer from pain related to joint degeneration (e.g. osteoarthritis or spinal stenosis) or from a fracture."

ok..sekian sesi perubatan kita..hehe....

wasaalam...



Isnin, 22 Oktober 2012

::Houseboat at Tasik Kenyir #4::

Bismillahirrahmanirrahim....

Entri pasai Tasik Kenyir dah habih dah...ni entri pasai masak-masak kat sana.  hehe...

masak macam-macam kat sana, tapi yang cheQ nak share ni pasai buat fish ball... hak ni baru ni laa cheQ tau.... 


ok..gambaQ ni cheQ tayang dah dalam entri lepaih..tapi ni nak tayang lagi pasai nak tunjuk ikan tu...hehe...fokus noo...ikan belida yang besaQ tu...:D



cara nak buat fish ball ni adalah dengan mencerakinkan...errr....menceraikan.....err.....apa dia hak tepat noo... hmmmm...tapi nya proses memisahkan isi ikan daripada tulang dan kulit...huhu..payah tu pun nak huraikan.... jadi la seperti gambaQ di ataih tu... dah jadi macam tu, kena simpan dalam peti ais...


dah sudah simpan dalam peti berapa lama cheQ pun tak pasti pasai pemandu bot tu yang buat boleh la buat bagi jadibulat0bulat macam fish ball...heheh...cheQ cuma mai tolong buat bagi bulat je... sangat mudah ye kawan-kawan.... tak payah buh apa-apa pun...cuma isi ikan semata-mata... tangan kena selalyu basahkan dengan ayaQ pasai isi ikan tu melekat kat tangan kalau tangan kering...

fish ball ni kami letak dalam sayuQ petola..uhukhuk....ceghita pasai petola ni, kesian.... pahit nak mampuih.... tak pernah cheQ ghasa petola pahit sampai macam tu sekali.... jadi kami pakat makan fish ball jaa.. petola letak  tepi..hehe....

satu lagi menu ataih bot tu masak dengan ikan belida tu ialah ikan masak asam... macam asam pedas la kiranya...tapi versi tak cukup bahan...selalu asam pedas oghang letak daun kesum, bunga kantan...hak ni versi buh halia, lengkuas saja...dah tang mana pulak hang nak carik segala bagai tu kan..hehe....

teka tangan siapa...hehe
ni la dia ikan masak asam....sedap...tapi banyaktulang...payah nak makan...kalau kalut-kalut makan lekat tulang naya jaa.... jadi kena la makan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan..:P


gambaQ ni pun cheQ tayang dah kan..hehe...ni tayang lagi sekali...pasai nak tunjuk hasil tangkapan cheQ digoreng garing menjadi seperti gambaQ di bawah..oh.....sungguh sedap dimakan bersama nasik panaih....hehe..... ikan ni pun banyak tulang....tapi dah goreng garing tahan la sikit...


ikan lampam goreng.....nyam3...

sekian entri masak-masak bersiaran langasung dari  Tasik Kenyir..heheh....

wassalam....


Ahad, 21 Oktober 2012

::Houseboat at Tasik Kenyir #3::

Bismillahirrahmanirrahim....

Sambungan #2....

petang tu depa mandi ayaQ tasik.... cheQ join lambat pasai cheQ kena masak..hukhuk.... tapi syok berendam dalam tasik ni..ayaQ dia tak sejuk sangat pun..sedap jaa duk dalam tu...


Aktiviti waktu malam pulak adalah tidoQ....hehe...dak aih....lepaih makan malam, budak-budak laki duk melepak tengok bola.... mentang-mentang ada siaran Astro, depa tengok Malaysia lawan Hong Kong...cheQ pun tak lepaih peluang  tengok jugak...hehe... tak sia-sia tengok, Malaysia menang 3-0...hhhuhuu... tengok bola sambil makan cheezy wedges ngan nuget...


tengok, cheQ habaQ dah lepaih makan, makan lagi...memang penuh perut la duk ataih bot ni... lepaih tu time nak 'buang' tak berapa nak best pasai takut tutttt timbul....haha....

lepaih habih bola, depa sambung karaoke pulak...cheQ dengaQ jugak la 2 3 lagu  cheQ pun naik la...tapi tak bulih tidoQ pasai konsert depa tak habih lagi..
pukui 12 lebih jugakbaru cheQ tidoQ dengan lenanya....
zzzzZZZZZZZzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZzzzzzzzzzz


17 Oktober 2012
pagi-pagi lagi waktu duk buat sarapan, oghang bawak bot mai bawak ikan sikit punya besaQ...huhu...depa kata ikan belida....


begitu la ghupa ikan tu...tengok ikan noo... jangan duk tengok orang yang pegang tu saja...hehe..besaQ kan...oghang bawak bot tu kata dalam 4 kilo jugak la ikan tu...ikan tu selamat di masak asam...untuk resepi cheQ buat entri lain noo...hehe...

sambil tunggu nak sampai ke air terjun lasir, sempat menjamu tekak dengan ayaQ milo tabuQ...nyum3.....idea cik aina..:p
kasi close-up sikit milo tabuQ ni...

dah tengah hari sikit, kami pun sampai la dekat air terjun lasir.. 

posing dulu apa-apapun..:p

aktiviti bersajak, berpantun dan menyanyi mengenai cintai alam sekitar..cheewaah.... pencinta alam la katakan..

dah selesai bermadah pujangga, time to mandi manda..yuhuu....


selesai mandi-manda, balik kat bot, cheQpun try la mancing ikan..hukhuk..tak sangka dapat ikan... budak laki mancing dari malam tak dapat ikan pun..hehe..rezeki cheQ... 

tu memang cheQ. tak caya tengok jari-jari montok tu..:D
dapat ikan lampam....memang ikan tu yang banyak tepi-tepi bot ni... guna umpan roti jaa....lepaih tu try lagi tak dapt dah... ikan tu cerdik dah..hehe....geram tengok ikan banyak, tapi bila pancing susah nak dapat.

lepaih siap-siap, makan tengah hari otw balik ke jeti pengkalan Gawi, sampai dalam pukui 3.30...oh....sayu ghasa tinggaikan Tasik Kenyir...entah bila pulak la dapat mai lagi..uhukuhukuhuk.....

selamat tinggai Tasik Kenyir.....
seribu kenangan, seribu pengalaman, seribu perasaan...


to be continue with recipe........

wassalam.....




Sabtu, 20 Oktober 2012

::Keputusan Rasmi Piala Malaysia 2012::

Bismillahirrahmanirrahim....

akhirnya keputusan rasmi Piala Malaysia 2012 telah diperolehi..hehe.. ala-ala pemberita dah cheQ ni kan.. ok la....straight to the point.......

sumber : tok ki google
Kelantan muncul juara Piala Malaysia.....yeay!!!!! hehe.....tahniah...... Kelantan berjaya menewaskan ATM 3-2...persaingan yang sangat sengit sebenaQnya....

tahniah sekali lagi kepada Kelantan..Gomo Kelantan Gomo!! hehe...

::Houseboat at Tasik Kenyir #2::

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambungan #1....

CheQ dan kawan-kawan naik houseboat tu dalam pukui 10.30 pagi...punggah barang simpan dalam bilik di tingkat ataih... barang-barang makan semua letak kat dapuQ.... disebabkan lapaQ, masing-masing carik makan dulu di dapuQ. kumpulan yang bertugas teruih siap-siap bahan nak masak makan tengah hari... yeaa......pengalaman baru memasak ataih bot sambil menyelusuri tasik..cewahhh... cam ada bayangan naik kapai titanic....hikhik...

en. baha sedang menyembelih ikan kering...:p

cheQ tak tau depa ni tengok apa sambil duk kerat kacang panjang tu...:)
ok..jadi bertungkus lumus la masing memasak supaya dapat makan dengan segera..hehe...lapaQ laa.... lepaih sudah makan, masing-masing pun berehat sambil ambik angin.... seterusnya tidoQ...hehhe....

bermacam-macam pesen depa ni tidoQ...hehe

cheQ ghasa sepanjang duk ataih bot ni, gheja yang bulih dilakukan hanyalah masak, makan, tengok keliling yang menghijau, mancing ikan, buang ayaQ, tengok tv, karaoke, masak dan makan lagi....haha.... sangat seronok sebab tak gaduh nak pikiaQ apa-apa... No handphone, No laptop and No bookkkk..... haha...

sampai di Jeti gua Bewah dalam pukui 2.15.... sembahyang apa semua dulu... baru la siap2 turun pi masuk gua..... 


walaupun bau dia bulih tahan busuk ( kawan cheQ kata bau taik kelawaQ), tapi seronok masuk dalam tu...bulih tangok bahan-bahan sejarah dalam tu...

ni contoh tempat sejarah...penemuan rangka manusia...

 nak masuk dalam tu jangan lupa bawak torchlite noo...kalau dak tak nampak jalan....


yang ni otw nak masuk Gua Bewah.. naik 2 3 anak tangga, berenti ambik gambaQ...ahha..besa la tu...buat kenangan....


keadaan dalam gua...memang gelap..jadi kalau nak ambik gambar guna la flash....kalau setakat handpone cap arnab simpan jaa la noo...haha... 


hak ni puak-puak Bewah Man....selalu dengaQ Perak Man ni Bewah Man pulak... bulih buat kajian sejarah pada puak-puak ni..:p


ni otw nak turun dah...hujan turun pulak time ni...jadi, kena la turun tangga slow-slow..kalau dak hang jadi la cempedak jatuh gedebuk kemudian goreng pun sodappp...haha


ok...i like this pic....but.......


i like this pic more....huhu...suka pasai ada buble-buble tu...efek ayaQ ujan kena flash....



ok..begini la lebatnya hujan yang turun sampai keadaan keliling nampak putih saja.....pemandangan sangat terhad...... sejuk............


ok...hak ni suasana makan keropok lekor panaih-panaih....yang tengah-tengah tu mungkin model sedang buat iklan Kopi Jantan...haha......


yang ni mungkin bulih buat iklan ubat batuk cap ibu dan anak...:D


hehe...ceghita akan to be continue...................................................................................................

wassalam....




Jumaat, 19 Oktober 2012

:: Houseboat at Tasik Kenyir #1::


Bismillahrrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, selamat sudah menjalani percutian 2 hari 1 malam yang sangat menyeronokkan di Tasik Kenyir....Peeewwwiiit....:P

ok la, sebelum cheQ tayang gambaQ-gambaQ kat sana, mai cheQ nak ceghita sikit sejarah Tasik Kenyir noo... 

Tasik ni terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesarQ yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.  Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. 

ok...dah tau kan serba sikit pasai Tasik Kenyir.. laa ni mai tengok gambaQ pulak..hehe..


Gadis-gadis manis sedang posing  disamping barang-barang yang akan di bawa bersama ke Tasik Kenyir. Tapi ada pulak si Botak interfrem sekali...:P


ni semua budak kelaih cheQ noo...cukup 11 lelaki 11 perempuan..



baca doa dulu sebelum mulakan perjalanan.. minta perlindungan Allah....
perjalanan dari IPG ke Jeti Pengkalan Gawi ambik masa dalam sejam lebih jugak kalau tak silap cheQ... cheQ tak berapa ingat pasai cheQ tidoQ dengan lenanya dalam perjalanan tu..hehe...


haa.. ni la diaa ghupa Houseboat yang akan cheQ dan kawan-kawan naik... besaQ kan.... 
haha..tipu.... houseboat ni untuk VIP ja....muat untuk 80 oghang....harga sewa dia dalam RM 7000...huhu... siap ada air-cond bagai....jadi cancel la naik yang ni..hehe...


ni la dia houseboat yang sebenaQnya cheQ dengan kawan-kawan naik.... Sri Gagau nama dia.


hak ni la model-model yang promosikan houseboat Sri gagau ni...:)


hak ni pun model jugak... kalau ada yang nak sewa houseboat ni boleh la hubungi nombor yang tertera noo... hehe


ni ghupa ruang rehat kat tingkat bawah... bahagian dapuQ pun kat area ni la... kemaih jaa... sampai kami semua, terabuQ habih....(budak lelaki punya angkara)...:p

hehe.....ceghita akan to be continue.............................................................................................................


wassalam....