Selasa, 27 November 2012

::My Purse::


Bismillahirrahmanirrahim....

cheQ ghasa,hangpa semua mesti ada purse kan... kalau tak dak pun mesti ada beg apa-apa untuk buh duit, kad pengenalan dan segala macam mak nenek yang berkaitan.. ya dak? hehe...

cheQ punya purse seperti yang di bawah..hehe... jenama LENO jaa.... tak mampu nak beli yang mahai..hehe


cheQ suka purse ni pasai dia ada banyak bahagian... macam ni...hehe


jadi cheQ bulih buh duit cheQ ikut kegunaan dalam bahagian-bahagian yang ada tu... kiranya, cheQ tak bulih la guna duit yang bukan dalam bahagian duit belanja cheQ.  

purse ni ada enam bahagian untuk letak duit termasuk la duit syiling... kira ada 5 bahagian untuk cheQ letak duit kertas.. pada setiap bahagian tu jugak ada tempat untuk letak kad.... banyak la kad yang cheQ bulih letak... cheQ ni pulak ni jenih sumbat segala macam dalam purse ni..huhu... sampai kembung...bukan kembung dengan duit, tapi dengan menda lain jaa.. hikhik..

tengok gambaQ tu, satu bahagian cheQ letak tiket. satu bahagian lagi untuk duit belanja. satu bahagian lagi untuk duit “standby”. satu lagi untuk duit sewa rumah, bil... satu lagi cheQ letak topup.. kira dah asing-asing siap-siap.. kan mudah dan teratuQ..hehe....

bila agak-agak nak tukaQ purse baru? :P

wassalam.....

Sabtu, 24 November 2012

::D.I.Y Tudung Awning #2::

Bismillahirrahmanirrahim....

baru ni cheQ dah kongsi pasai DIY tudung bawal yang merah menyala tu kan... laa ni cheQ kongsi DIY tudung awning pulak...hehe


tudung awning kosong warna kuning...nampak plain sangat...mai kita lakukan sedikit transformasi padanya..hehe


ni adalah bahan yang diperlukan dalam proses DIY tudung ni.... 
1. bunga poodle (nanti cheQ buat tutorial nak buat bunga ni kalau ghajin noo..)
2. manik
3. petak-petak hitam (tak tau nama dia apa)
4. gam UHU
5. jarum & benang

mula-mula, buat anggaran tempat untuk letak poodle ni...lepas tu tanda la ckit... lekatkan bunga pakai gam..sikit jaa letak gam tu...nak bagi lekat sikit jaa...

bila dah lekat bunga-bunga tu, ambik 2 biji manik, jahit atas bunga tu tadi..jahit bagi kemas laa noo... jahit bagi semua lekat elok kat tudung tu...

sudah tu, tampal la yang petak-petak hitam tu ikut suka hati masing-masing..hehe.... tudung bawal haritu cheQ guna petak-petak putih kan... yang ni hitam pulak...

jadi la lagu ni ghupa tudung tu..:P


tak dak tempat display yang lebih menarik dan praktikal selain daripada atas lantai..haha...

begitu la jadinya tudung yang plain tadi.... sekian sesi DIY untuk kali ni....:)

Wassalam....

Rabu, 21 November 2012

::Kuih Siput::


Bismillahirrahmanirrahim....

hangpa pernah makan dak kuih siput? mesti la pernah kan..hehe..
kuih ni kira kegemaran cheQ jugak la...jadi, cheQ pun telah berusaha dengan gigih untuk buat kuih ni..bukan apa, kadang-kadang tu beli kuih ni tak puas hati..ada yang keraih sangat, sampai nak patah gigi ghasa makan pun... jadi cheQ pun belajaQ la buat sendiri...tak susah pun ghupanya.... cheQ belajaQ ikut majalah RASA. tapi, cheQ ubahsuai jugak ikut resepi MY MASTERJI (mak cheQ la)..hehe... 

kat papan siput (papan nak buat kuih ni laa..) pun ada jugak depa buh resepi kuih siput..bulih jugak kalau nak ikut dari situ... cheQ sarankan kalau nak buat kuih ni pada yang baru nak cuba,beli la 2 3 papan siput tu.. senang bulih suruh ramai-ramai tolong buat..hehe.. 

cheQ ni punya la lurus pi beli satu jaa. masa nak buat dah kena kongsi papan tu..haha.. tak syok kongsi-kongsi..payah nah buat gheja.. jadi cheQ pun tambah la lagi papan tu.. senang kalau nak suh “bala tentera” yang ada tolong buat..masa raya kan ramai-ramai balik, suruh depa la buat siput..hehe


begini la ghupa kuih siput yang cheQ buat...ghasa dia, fuhhh sedap...haha.. angkat bakui la hang... gebu ja, dengan ghasa udang kering, memang cukup ghasa la... nak buat kuih ni kena sabaQ pasai siput ni kecik-kecik ja... tak kan hangpa nak buat besaQ-besaQ bagi jadi macam saiz siput khinzir pulak kan..haha.

resepi cheQ tak dapat nak share pasai cheQ pun tengok majalah masa buat tu..hehe... budak baru belajaQ memang lagu tu.... padahal dah 2 3 kali jugak cheQ buat,tapi, setiap kali buat setiap kali tu la tengok buku..biasa la setahun sekali nak buat pun..heheh...


ok, selamat membuat siput yaa... kalau malaih, pi beli je la senang..hehe.

wassalam...

Selasa, 13 November 2012

::D.I.Y Tudung Bawal #1::

Bismillahirrahmanirrahim.....

hangpa ingat hari tu cheQ kata cheQ ada hobi baru kan..haa, nak dekat sebulan dah baru cheQ ingat cheQ tak habaQ lagi kat hangpa apa dia hobi baru cheQ tu kan..hehe...mahap la noo...

sebenaQnya hobi baru cheQ ialah menDIY tudung..hehe... mai cheQ tunjuk gambaQ tudung yang cheQ DIY noo...


tu dia tudung hang merah menyala no..hehe...cheQ beli tudung warna merah yang kosong, lepaih tu cheQ pun buat laa DIY bagi tudung tu jadi lagu ni....


bunga tu cheQ beli yang dah siap ja... 9 biji bunga tu harga RM 2.90 kalau tak silap cheQ... bunga tu ala-ala bunga yang sulam kat selendang Radiusite... 

mai kita zoom sikit...


yang petak-petak tu cheQ ambik dekat selendang...nanti cheQ tunjuk apa dah jadi dengan selendang tu..hehe

takada aktiviti jahit-menjahit pada tudung ni..kira mudah la...cuma perlukan gam ja...cheQ guna hot glue gun untuk lekatkan bunga ni...

sebelum lekat bunga tu, kena la ukuQ  dulu tang mana nak letak bunga, lepaih tu tanda...ikut kreativiti masing-masing la nak buat hiasan tu bagi jadi lagu mana...melintang ka, memanjang ka..hehe... dah sudah tampai la bunga...siap...mudah sungguh kan..:)

nanti kita tengok DIY yang lain pulak noo..

wassalam.....


Khamis, 8 November 2012

::Jalan-jalan Cari Makan #2::

Bismillahirrahmanirrahim...

hari tu cheQ kata nak buat entri JJCM #2 kan..hehe...laa ni baru dan nak buat.... :P

misi JJCM #2 ni nak pi makan dekat>>>>


The Chicken Rice Shop.. bukan sekadar nasik ayam... hikhik

kami order set jaa...pasai tak reti + taktau nak makan apa..hehe...

sumber : T.C.R.S
cheQ ambik yang Noodle meal tu.. en.puding pulak ambik yang Fish/beef meal....
cheQ pilih Special Hong kong Beef Stew Noodle.. huhu...tak pernah makan, saja order... nak ghasa la katakan...


ayaQ Reviev dengan Pepsi..uhuhu...cheQ ni dah laa jenih tak minum ayaQ gas ni...


 Rainbow Delight Dessert.... ala,nata de coco jaa.. letak ais..simple sangat... 


en.puding punya makanan..banyak oo...huhu


yang ni cheQ punya...haha.... batang sayuQ bukan main besaQ lagi tu...


Si Baju Hijau dengan makanannya....hehe


jemput makan...hehe...bulih tahan sedap jugak mi ni...nyum3....

sekian sesi JJCM #2 kali ni noo... :D

wassalam...

Isnin, 5 November 2012

::Selamat Tinggal Terengganu..::

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak periksa akhir sem 6 ni.. tahun depan dah masuk sem 7...setahun jaa lagi tinggai untuk habiskan pengajian ni..huhu... tak sangka, pejam celik pejam celik dah tua...hehe...

hari ni cheQ nak balik ghumah..yuhuuu!!!!!! naik bas pukui 4.00 petang ni.. sampai Temerloh dalam pukui 10 malam... sejam selepas tu barula sampai ghumah..huhu... lama tu perjalanan...


my ticket..hehe... semoga cheQ selamat sampai...

selamat tinggai terengganu..jumpa lagi tahun depan insyaAllah...:)

wassalam...

Ahad, 4 November 2012

::Daging Rebus Cicah Sambal Kicap::


Bismillahirrahmanirrahim....

Dah lama ghasanya cheQ tak share pasai masak-memasak ni kan...hehe... bukan apa, tak dan nak buh entri.... kalut dengan exam la katakan... makan pun ikut dan jaa....  kali ni cheQ update noo, entri masak-masak buat kali terakhir di dapuQ  rumah bujang untuk tahun 2012 ni.... pasaipa? pasai cheQ nak balik cuti dah....hehe.... jadi lepaih ni masak-masak di dapuQ mak cheQ la pulak... :D



tu la dia santapan untuk makan tengah hari....

mai kita zoom sikit satu persatu...


kubis goreng dengan teluQ... tambah kunyit bagi warna kuning...


ikan sardin dalam tin...haha....cheQ tambah cili boh nak bagi banyak pasai guna hak yang tin kecik...


daging rebus cicah sambai kicap.... huhu
daging ni osmet cheQ, Is yang bawak...cheQ tolong masak jaa... heheh...

haaa, nak share satu rahsia atau petua untuk melembutkan daging..selalu dengaQ oghang kata buh sudu la, daun betik la.. ni, buh panadol.. panadol?? ya ka?  yaaa...panadol...hehe.. cheQ pun baru tau petua ni..jadi cheQ pun cuba la waktu rebus daging ni semalam... ok, menjadi jugak la..heheh

ok..sekian untuk entri kali ni...
wassalam..

Sabtu, 3 November 2012

:: Turkish Indulgence - Istambul Aku Datang::

Bismillahirrahmanirrahim...

Siang tadi, cheQ pi jalan-jalan cari makan..hehe.. dengan en.puding... (entri JJCM next entry..hehe)

teringin pulak nak makan kek Secret recipe pasai parking gheta depan SR... jadi cheQ pun masuk la dalam..duk pilih-pilih kek, ternampak la kek Turkish Indulgence ni... teringat yang kek ni ilham ceghita Istanbul Aku Datang... ala, yang ceghita  lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy yang menampilkan panorama serta atmosfera indah bandaraya romantis Istanbul, dan kek terbaru ini mengabadikan warna dan keajaiban bandaraya Istanbul.

‘Turkish Indulgence’ ini diperbuat dengan lapisan fudge coklat dan krim keju yang enak dan dilapisi dengan gula-gula Turki beraroma wangi bunga ros, kacang pistachio dan marshmallow.

Untuk membuat anda bertambah terliur, bahagian atas kek ‘Turkish Indulgence’ ini akan dibanjiri dengan lapisan couverture coklat gelap dan kacang pistachio hancur.

huhu..tulisan yang berwarna tu cheQ kopi n pasta noo...


begini la ghupa Turkish Indulgence yang dah selamat masuk daam perut..hehe..

cuba hangpa teka harga satu slice ni berapa....


hoho...RM 10 hang tau...mahai, tapi beli jugak pasai nak ghasa... tambah tax dh RM 10.60....hmmmm... tak pa la... lepaih ni tak payah beli dah..nak ghasa jaa.. hehe...

keseluruhannya, ghasa dia tak menghampakan bagi cheQ la noo...:P

sekian, selamat melabuQ duit untuk ghasa kek ni noo bagi yang belum sempat ghasa....:D

Wassalam..


::Buah tangan dari En. Puding::

Bismillahirrahmanirrahim....


begini la ghupa buah tangan yang diberi oleh en.puding...hehe...biru hang!! harus la pasai cheQ peminat tegar warna biru... hehe..tengok nama blog ni pun tau dah kan..:P

cuba hangpa teka ada apa dalam ni..hehhe...

ada coklat..yaa coklat...banyak coklat..hehe... memang kes nak bagi cheQ gemuk ni...:P

semua coklat sedap... i like!! :D


terima kasih noo en.puding..lain kali mai bawak la buah tangan lagi....hehe..

p/s : diterima semasa Majlis Syarahan Ilmuwan Bahasa -21.11.2012

::Syarahan Ilmuwan Bahasa - Prof. Dr.Teo Kok Seong::

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 21 Oktober yang lepas, telah diadakan satu Majlis Syarahan Ilmuwan Bahasa sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat negeri Terengganu di IPG KDRI @ maktab cheQ..:]

Syarahan ni disampaikan oleh Prof. Dr.Teo Kok Seong... dari pemerhatian cheQ yang tak seberapa ni (pasai cheQ ada main-main jugak time beliau bagi syarahan) beliau ni memang seorang tokoh bahasa yang memartabatkan bahasa Melayu... cheQ ghasa ada antara masyarakat Melayu sendiri pun tak bangga dengan bahasa Melayu.. tapi beliau ni, sangat fasih berbahasa Melayu dan menghargai bahasa Melayu... 

 

ini la dia Prof. Dr. Teo Kok Seong... ambik gambaQ dari jauh jaa...tu pun kat skrin.... pasai duk belakang sekali..urusetia la katakan...(alasan)


hadirin yang hadir pada majlis berkenaan...


pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu IPG KDRI bergambar kenangan bersama tokoh bahasa.


cheQ dan rakan-rakan sekelas yang lain bersama Prof. Dr.Teo Kok Seong..... pakat pakai biru..:P


 unit Pengajian Melayu IPG KDRI...eh salah.. IPGKSM..hehhe


coklat yang dah selamat dimakan semasa Syarahan sedang berlangsung..:-)

Terima Kasih Profesor Dr. Teo Kok Seong. Madahmu sungguh bermakna membuat kami terasa berharga dan bahasa Melayu bertambah mulia...(ayat Baha)

"Memartabatkan Bahasa Melayu"

Wassalam...

::Pelangi Pagi::

Bismillahirrahmanirrahim...

Ha.. selalu hangpa dengaQ lagu Pelangi Petang kan... ni cheQ nak kongsi gambaQ pelangi pagi pulak dengan hangpa... hehe... pelangi ni muncui waktu pagi sebab hujan pagi tu. tambah pulak dengan matahari yang menampakkan diri...maka terjadi la fenomena pelangi di pagi hari..hehe..

pelangi ni memang cantik..jarang-jarang sekali dapat tengok... sebab tu sekali dapat tengok ghasa jakun, teruih nak ambik gambaQ..hehe


gambaQ ni cheQ ambik dari dalam kereta.... OTW nak pi maktab... punya la tak dan dan nak jugak ambik..hehe...hujan renyai-renyai time ni...


yang ni cheQ ambik masa dah turun kereta... zoom sikit....cantik kan pelangi... kualiti gambaQ mungkin kurang memuaskan pasai cheQ ambik pakai kamera biasa-biasa ja..bukan DSLR ka apa ka...huhu... tambah-tambah tangan tak dak skill nak ambik gambaQ bagi nampak "gojes"...haha...

"pelangi itu indah, namun mustahil untuk digapai.. cukuplah sekadar melihatmu dari kejauhan"

haha..bermadah pujangga sat....:P

Wassalam...

p/s : tarikh - 21 Oktober 2012

Jumaat, 2 November 2012

::Kerepek Bawang::

Bismillahirrahmanirrahim....

Hangpa kenai dak dengan kerepak bawang? tak kan tak kenai kan..:P

sumber tok ki google.. cam pusing-pusing bijik mata tengok..:)
kerepek ni kalau masa raya mesti ada punya la.. ni kira cheQ punya 'faveret' la kalau time raya...dapat kerepek ni saja pun cukup dah..hehe... tak tengok dah kuih lain... 

nostalgia dulu masa kecik-kecik, kalau pi raya ghumah oghang, jumpa kerepek ni, cara nak makan adalah dengan letak ataih tapak tangan, ketuk dengan jari...macam gaya nak luku kepala oghang...haha...cheQ pun tak tau pasaipa buat lagu tu...ikut kak-kak dan abang-abang cheQ la tu..hehe
dah hancuQ, masuk dalam mulut..nyam3... tapi laa ni cheQ  tak buat dah lagu tu..masuk dalam mulut teruih jaa...:P

raya haji baru ni cheQ songlap mak cheQ punya kerepek bawang sikit bawak mai sini.... nak buat bekai masa study..haha...


buh dalam bekas jajan jacker... kerepek ni sedap je..tak tebal sangat..cheQ memang suka yang tak tebal sangat....sedang-sedang elok la kiranya..nyum3....

waktu entri ni ditulis, kerepek bawang ni dah habis...hehe...

Wassaam...

::Buah Jambu dan Tembikai Gergasi::

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni cheQ nak ceghita pasai buah jambu dan buat tembikai gergasi.. ya.... gergasi....  giant.... hehe... dak aihh... bukan la gergasi mana pun... saja cheQ jaa...:P tapi bulih kata besaQ la jugak buah-buah ni.. lebih besaQ dari biasa!! hehe


ni la dia ghupa buah jambu tu...besaQ jugak..nampak dak, buah ni duk ataih kepala abang cheQ sebenaQnya... nak dekat sama besaQ dengan kepala dia dah...kepala dia besaQ tau...  tambah dengan besaQ kepala..haha

buah jambu ni kawan cheQ bawak mai ghumah masa dia mai raya haji baru ni..buah tangan la kiranya.... terima kasih cik nad... tak dan nak ghasa banyak pun, berebut ramai-ramai..hehe


yang ni pulak buah tembikai gergasi..yaa...besaQ..... nak patah tulang cheQ angkat..berat oooo... hak ni ayah cheQ yang beli...berat dalam 7kg lebih  kalau tak salah cheQ..kira berat la tu kan..hehe.... besaQ pun besaQ...kira sesuai la tu dengan bilangan oghang yang nak makan kan...ramai-ramai memang cepat jaa habih... ehhe...

ok la..sekian ceghita pasai buah gergasi noo..lain kali carik apa pulak yang gergasi....hehe

wassalam....


::Tazkirah Ringkas Pagi Jumaat #3::

Bismillahirrahmanirrahim...

sempena musim peperiksaan ni, mai cheQ nak share sikit doa-doa yang elok diamalkan... 

maklumat ni cheQ ambik dari blog Resepi Rahsiaku...  


1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)


(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

2DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya

"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"

3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: 

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".

4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 

(Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".

5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.

Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.


Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."


wassalam.... sama-sama kita amalkan..:)

Khamis, 1 November 2012

::KFC Double Down:

Bismillahirrahmanirrahim...

sumber : tok ki google
al-kisah cheQ teringin sangat nak makan menda ni...pasai hari-hari duk tengok iklan kat TV.... meronta-meronta tekak cheQ nak makan...haha....hiperbola sangat pulak... tapi kira memang cheQ teringin la nak ghasa... 

setelah menahan gelora perasaan selama lebih kurang sebulan sejak iklan menda ni keluaQ, cheQ pun ada la rezeki nak pi makan Si Double Down (DD) ni... dengan en.puding (talk bout diz later..hehe)



begini la ghupa DD yang cheQ dapat..huhu....sebelum cheQ terkam menda ni, en.puding bagi cheQ seketui ayam....uhukhuk....kenyang la lagu ni...tak dan la Si DD nak masuk dulu dalam perut cheQ..hehe


oh, nak kena habihkan ayam ni dulu sebelum dapat merasa DD....hehe.. tak larat la cheQ...dah la dengan keadaan kat KFC yang ada lalat...oh, apakah!! duk kelewaQ terbang time oghang nak makan.. potong stim cheQ nak makan sungguh la....

tambah lagi dengan mutu dan kualiti makanan yang dihidangkan...ada ka patut cheezy wedges alahai ciput nak mampuih...sos cheese pun warna tak menarik langsung.... tak mengancam!! ayam pulak ghasa macam tak berapa nak elok jaa...macam ayam lama....oh, sungguh la cheQ tak puas hati.... walaupun dulu KFC ni la tempat  yang paling kerap dikunjungi time outing hujung minggu.... hehe...budak asrama lagu tu la...

ok la...tutup la buku pasai kualiti yang tak berapa memuaskan tu... sambung pasai Si DD... disebabkan kekenyangan dah makan seketui ayam, jadi cheQ pun dah tak berapa nak lalu la makan Si DD...makan sikit ja...tu pun dah ghasa muak. pasai ayam + ayam + cheese = muak...mungkin jugak pasai cheQ dah kenyang + makan ayam seketui, tu yang jadi tak lalu nak makan Si DD...huhu...sedih, punya la lama mengidam, tapi makan seciput jaa...yang lain en.puding yang tolong habihkan...:P

kesimpulannya, jangan la makan Si DD time hangpa dah kenyang noo...kalau perut tengah kosong mungkin masyukkkkk!!!!!

wassalam...

p/s : lokasi - KFC Temerloh


::Jalan-jalan Cari Makan #1::

Bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah..petang tadi selamat menduduki satu lagi paper exam..huhu... BMM 3111- Semantik dan Peristilahan dah selamat..boleh bungkuih dah nota-nota semua...hehe...

keadaan meja yang dah dikemaih ketika study semantik..huhu
disebabkan kelaparan, misi jalan-jalan cari makan pun dijalankan...hehe...bersama cik akira seperti biasa..:P

konon cik akira nak pi carwash, alih-alih carwash tutup...kami pun gerak la nak pi pasaQ malam...masyaAllah...punya la ramai oghang....nak parking pun tak dak tempat..huhu...tak dapat la nak merasa makanan pasaQ malam...kempunan la untuk 2 bulan akan datang..(pasai cuti sekolah...yuhuhuh) hehe...

disebabkan lapaQ, kami pun pi makan kat kedai jaa la..... lokasi pilihan : Restoran NR... NR mana? NR pantai..hehe...pasaipa kena habaQ NR pantai? pasai ada dua NR. lagi satu NR airport...:D

konon berhasrat nak makan sedap-sedap...tengok menu nak dekat 5minit.... tapi macam biasa,menu yang cheQ order time keluaQ makan mesti mihun tomyam...haha...cik akira pulak mesti nasik goreng ikan masin tak pun nasik goreng cili padi... baik cheQ tak payah tengok menu kan....

my mihun tomyam and ABC..:)
mihun tomyam sedap........masam..... i like!! kat kedai ni  depa buat tomyam putih... tapi sedap... hehe.... ABC pun ok jugak...tapi cheQ tak berkenan tang buh kismis dalam ABC tu....uhuh

makanan tambahan untuk gemukkan perut..haha
hak ni saja gatai order... macam la tak cukup mihun tomyam semangkuk... hehe... cheQ punya kopok leko... sosej tu cik akira punya...

ok...sekian sesi JJCM kita noo...malam ni nak tidoQ awai..huhu...pasai mata dah jadi mata panda dah duk tidoQ tak ketahuan kepala ekoQ.... (loghat utara sungguh)..huhu

Wassalam...