Ahad, 2 Disember 2012

::Al-kisah Derma Darah::


Bismillahirrahmanirrahim....

Hangpa pernah dak derma darah? kalau tak pernah, cuba laa sekali, mesti nak lagi..haha... cheQ ni pun dulu tak berani jugak.. tapi ghasa nak cuba derma.. jadi cheQ pun start la derma darah masa tu tahun 2010.. cuak jugak ghasa... tapi, buat-buat la berani.. 

sebelum derma darah, kena isi borang dulu..jawab soalan-soalan dalamtu.. macam-macam tanya. butiran peribadi, ada sakit apa-apa ka dak ka, ada ambik ubat apa-apa dak dalam masa seminggu, macam-macam la...

dah sudah, pi kat kaunter periksa darah... tang ni kena cucuk kat jari...depa ambik sikit darah nak tengok lepaih ka dak darah tu untuk didermakan dan jugak untuk tau jenis darah. kadang-kadang ada yang tak lepaih masa periksa ni..kalau tak cukup tidoQ memang kadang-kadang tak lepaih..pasai darah tu terapung... tak tenggelam... kira kepekatan tak cukup la.. kalau tak lepaih, tak dapat la nak mendermakan darah hangpa tu..huhu

seterusnya pi jumpa kat kaunter doktor..masa ni doktor tanyala beberapa soalan.. dah setel dengan doktor, pi kat kaunter ambik barang-barang untuk derma darah tu.. dan sedia untuk  menderma..hehe.. cheQ ceghita ni situasi derma darah kat maktab cheQ noo.. pihak hospital mai... kalau derma kat hospital mungkin tak dak la kaunter tu kot..hehe

masa derma tu, tengok jarum dia besaQ..hehe...takut cheQ...depa cucuk jarum tu ghasa sakit jugak, tapi lepaih dah masuk tu tak ghasa apa dah... depa bagi macam rod kayu suh kita genggam... nak bagi darah cepat keluaQ kot...dah penuh, siap!! 

bulih pi makan makanan yang disediakan..hehe.. biasanya depa sediakan ayaQ milo panaih, buah oren sunkist, kek pisang, biskut...menu biasa pasai cheQ dah 3 kali pi derma makan yang sama jugak..hehe..

sebelum derma kena makan jugak, lepaih derma kena makan jugak. pastu rehat bagi cukup.. biasa cheQ kalau derma balik tu cheQ tidoQ.. tapi sekali cheQ derma cheQ pitam masa nak balik asrama tu..huhu..jenuh la classamate cheQ, cik ika tolong... haha.. dahla berat nak mampuih... 

hak ni buku derma darah cheQ..


cheQ punya darah jenis O....:D anda pula bagaimana?? hehe


"Marilah kita bersama-sama menderma darah...setitik darah anda mampu membantu insan lain" - pesanan penaja..hehe

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan