Sabtu, 16 Mac 2013

::Ikan Masam Manis::

Bismillahirrahmanirrahim...

semalam cheQ dah kongsi resepi kerang berapi.. jadi hari ni cheQ kongsi resepi Ikan masam manis pulak.. ala, omputih kata sweat sweet sour gitu..hehe

tapi, cheQ tak ingat la nama ikan ni...huhu...biasa la... koleksi resepi yang cheQ pernah buat, cheQ pun dah tak ingat buat pakai ikan apa..haha..teruk sungguh laa..

tapi tak pa la, yang penting resepinya.. ikan tu ikan apa-apa pun bulih... selalu buat pakai tudung  bawal, eh ikan bawal..haha. tak pun ikan kembung jaa kalau tak dak ikan sangat.. ikan kerapu pun sodap...:)

cuba hangpa habaQ kat  cheQ ikan apa sebenaQnya ni..huhu
bahan-bahan:
seekoQ ikan
setengah batang timun
sebiji tomato
sehiris nenas
sebiji bawang besar
sebiji cili besar
sos cili
sos tomato
kicap

cara-cara:
1.siang ikan, basuh, goreng dengan garam kunyit.
2. potong semua bahan-bahan lain.
3. tumis bawang hingga naik bau.
4. masukkan sos cili, sos tomato, kicap.
5. masukkan bahan-bahan yang dipotong.
6. ghasa tengok. dah ok, masak semua, tutup api.
7. tuang la ataih ikan tu... siap!!!

mudah sangat kan...huhu.. selamat mencuba la noo...

wassalam...:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan