Jumaat, 15 Mac 2013

::Kerang Berapi!!!!::

Bismillahirrahmanirrahim...

ha, tengah hari ni hangpa makan apa? dah masak ka? kalau belum, mai cheQ nak kongsi satu resepi dengan hangpa.. sedap punya cheQ habaQ mai... hehe..

tapi, bagi yang tak minat makan kerang, cheQ tak bulih nak kata apa la...cheQ habaQ sedap pasai cheQ ni peminat kerang...sedapnya...:p

resepi ni seperti biasa, ambik dari internet..tapi sumber dah tak ingat...huhu

mai tengok gambaQ dulu noo...berapi ni hangpa tau bila makan....


oh yeah.....ini dia kerang kita..huhu...nak tau resepi? jom tengok bawah....

bahan-bahan:
1 kilo kerang direbus seketika
sos tiram
daun limau purut
bawang besar didadu
seinci halia dicincang
cili padi [ikut suka hangpa]-cheQ buh dalam 7 biji jaa.
lada hitam ditumbuk
garam
gula

cara-cara:
1.tumis bawang, cili dan halia sehingga naik bau.
2.masukkan lada hitam dan sos tiram. kacau sebati.
3.masukkan garam dan gula..ghasa la noo..
4.masukkan kerang. gaul bagi semua bahan sebati dengan kerang. buh daun limau purut yang diracik halus.
5. agak-agak dah masak, sila la angkat buh dalam mangkuk noo..

haha...bersedia la untuk berapikan diri anda.. cheQ makan dengan family cheQ sampai berair hidung... pedih mulut..tapi tak berenti selagi tak habis.. pasai sedap sangat..haha... 

sebelum ni, kalau ayah beli kerang, rebus biasa jaa...tapi laa ni memang kalau beli masak berapi ni la..

pernah try versi buang kulit punya, tapi tak sedap... isi kerang jadi kecut, tak sedap macam tak buang kulit..

ok, selamat mencuba kepada pencinta kerang sekalian..huhu..

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan