Sabtu, 22 Disember 2012

::Pencarian Duta "Cool Blog" Yang Baru..:D::

Bismillahirrahmanirrahim....

Cool Blog nak cari duta yang baru? ganti Heliza yang cun + comel tu?  haha....

tipu!!!!!!!!!!

cheQ saja jaa menggatai ambik gambaQ dekat Heliza ni..hehe... kot-kot bulih jadi comel macam dia....:P


ok.ok..sudah la tu buat gheja  yang tak ada faedah noo....

jom minum Ice Blended Cool Blog...:D


Oreo + vanilla + black pearl = nyum3....


cendol + jelly = klasik...:P

sekian...Wassalam...

Rabu, 19 Disember 2012

::Far Away::

Bismillahirrahmanirrahim..

entri bukan nak ceghita pasai ceghita Korea ka, Filipina ka..ni nak ceghita pasai minyak wangi kegemaran cheQ...hehe....

dipersembahkan>>>>>>>>



FAR AWAY!!!!!!

hehe...minyak wangi ni dari AVON...
 minyak wangi kegemaran cheQ sejak dari cheQ tingkatan 1... huhu..lama dah... bau dia, ada seakan-akan memori...huhu...

tak tau la nak kata apa, tapi memang cheQ suka minyak wangi ni...harga dia bulih tahan jugak la..huhu... tu pakai sikit-sikit jaa...dah tinggai separuh, cheQ simpan.. sayang nak pakai....hehe.. (memang dasar orang kedekut!!)

ada tak oghang nak sponsor minyak wangi ni untuk cheQ? hehe..

sekian.. wassalam...

Rabu, 12 Disember 2012

::Miss My Keyboard::

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa semester 3 dulu, cheQ dengan kawan-kawan sekelaih belajaQ main keyboard @kibod...haha...excited sangat nak main kibod ni... pakat beli la sorang satu.. ada yang beli hak mahai punya...hak yang sedang-sedang pun ada... yang murah pun ada..haha...apa-apa pun boleh...asai ada bunyi..hehe..

yang cheQ punya lagu ni...:P


huhu...banyak jugak tau lagu cheQ main pakai kibod ni..antaranya Twinkle-twinkle, Jong-jong Inai... haha...lagu ni pun main pasai ada amali..lawak la..beli kibod mahai-mahai, tapi tak reti main...huhu...

tapi laa ni kibod ni ada pada en.puding.. lama dah tak main kibod ni.. rindu..huhu...:'(

gambar dikidnap dari blog rosa kejora...:)
yang ni action je dalam bilik muzik..:p eh, ada ika swetluv la kat belakang..hehe

sekian... wassalam...

Ahad, 2 Disember 2012

::Al-kisah Derma Darah::


Bismillahirrahmanirrahim....

Hangpa pernah dak derma darah? kalau tak pernah, cuba laa sekali, mesti nak lagi..haha... cheQ ni pun dulu tak berani jugak.. tapi ghasa nak cuba derma.. jadi cheQ pun start la derma darah masa tu tahun 2010.. cuak jugak ghasa... tapi, buat-buat la berani.. 

sebelum derma darah, kena isi borang dulu..jawab soalan-soalan dalamtu.. macam-macam tanya. butiran peribadi, ada sakit apa-apa ka dak ka, ada ambik ubat apa-apa dak dalam masa seminggu, macam-macam la...

dah sudah, pi kat kaunter periksa darah... tang ni kena cucuk kat jari...depa ambik sikit darah nak tengok lepaih ka dak darah tu untuk didermakan dan jugak untuk tau jenis darah. kadang-kadang ada yang tak lepaih masa periksa ni..kalau tak cukup tidoQ memang kadang-kadang tak lepaih..pasai darah tu terapung... tak tenggelam... kira kepekatan tak cukup la.. kalau tak lepaih, tak dapat la nak mendermakan darah hangpa tu..huhu

seterusnya pi jumpa kat kaunter doktor..masa ni doktor tanyala beberapa soalan.. dah setel dengan doktor, pi kat kaunter ambik barang-barang untuk derma darah tu.. dan sedia untuk  menderma..hehe.. cheQ ceghita ni situasi derma darah kat maktab cheQ noo.. pihak hospital mai... kalau derma kat hospital mungkin tak dak la kaunter tu kot..hehe

masa derma tu, tengok jarum dia besaQ..hehe...takut cheQ...depa cucuk jarum tu ghasa sakit jugak, tapi lepaih dah masuk tu tak ghasa apa dah... depa bagi macam rod kayu suh kita genggam... nak bagi darah cepat keluaQ kot...dah penuh, siap!! 

bulih pi makan makanan yang disediakan..hehe.. biasanya depa sediakan ayaQ milo panaih, buah oren sunkist, kek pisang, biskut...menu biasa pasai cheQ dah 3 kali pi derma makan yang sama jugak..hehe..

sebelum derma kena makan jugak, lepaih derma kena makan jugak. pastu rehat bagi cukup.. biasa cheQ kalau derma balik tu cheQ tidoQ.. tapi sekali cheQ derma cheQ pitam masa nak balik asrama tu..huhu..jenuh la classamate cheQ, cik ika tolong... haha.. dahla berat nak mampuih... 

hak ni buku derma darah cheQ..


cheQ punya darah jenis O....:D anda pula bagaimana?? hehe


"Marilah kita bersama-sama menderma darah...setitik darah anda mampu membantu insan lain" - pesanan penaja..hehe

wassalam...