Ahad, 26 Jun 2011

:: kesepian melanda ::

adeh la...lamenye x update....tapi kalau che' update pn, bukan ade oghang nak bace...hehe....

sejak2 duk ghumah sewa ni, xde resepi dah che' nak try.....dapoQ gas baru dapat, tapi tong gas nya nggak ada!! huhu.....kacau2!! rindu sungguh kat ghumah...nak main masak2, main pndok2..hikhik...

disebabkan xdapatnak main pondok2 kt cni, jadi che' buh la resepi yang che' masak kt ghumah ari tu noo...lmbat ckit buh, x dan duk kalut2 kemaih ghumah...selerak tarak lagi walau dah kemaih pun...hehe...

jom tengok resepi yang che' nak buh ni...cuba hangpa teka...hehe..


cepat la wei teka...hehe...angkatt kening ^-^ kalau tau menatang apa ni...

tali kasut? tali pusat? mee kari?mee mamak? ayoyoooo.... sudah sudah sudah (smbil gawang2 tangan)...hehe... ni che' nak habaQ ni, ni la dia SPAGHETI CARBONARA versi ASTERA....hehe....

ha....mesti hangpa teringin nak rasa kan? buleh2.....p buat sendiri....:P

nah che' bagi resepi, hangpa salin noo.....

SPAGHETI CARBONARA versi ASTERA

bahan-bahan :
250g  spagheti direbus hingga lembut dan toskan
1 biji bawang besaQ
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
5 ekor udang
2 biji teluQ
1/2 cawan susu segar
4 keping keju Chesdale
sedikit minyak
sedikit garam

cara-cara :
1. tumis bawang besaQ yang dicincang halus hingga kekuningan.
2. masukkan telur dan udang. masak sebentar
3. masukkan susu segar, keju, lada hitam dan garam.
4. biar semua bahan masak.
5. buleh buh spagheti dalam tu dan kacau sebati atau nk tuang kuah atas spagheti je...apa pun sodap!! hehe...

ha... dapat dh kan resepi, buleh la cuba pas ni..hikhik....nanti balik ghumah nak kena masak lagi spagheti ni...sodap heee....

Ahad, 19 Jun 2011

:: Entry ke 20 ~ Al-kisah Rumah Baru::

Alhamdulillah......

Akhirnya sampai jugak che' kat bumi Terengganu ni...Dan yang paling penting, sampai jugak ke rumah baru..ayoyoyo.....awat la banyak sangat barang2 ni...naik juling mata tengok....penuh sampai nak jalan pun x dak tempat...jenuh sungguh barang2..hehe.... x larat nak tulis panjang2....letih kemaih2 barang....hihik..

semoga suasana dirumah baru ni akan berlangsung dengan aman dan harmoni..ameeennn.....

Rabu, 15 Jun 2011

:: roti arab mari ::

masa'an nur...... selamat petang...hehe

hari ni ana ( ganti che'...mood arab..hehe) nak tnjuk kat antum semua roti arab yang ana dh buat..hikhik...roti ni x susah sangat pun nak buat....rase die gebu je..lembut..sedap makan masa panas-panas tu...hmmm...... enaknya....

roti arab dan sambal...nyam3..
itu la roti arab yang ana buat...cicah dengan smbal telur dadar....sepatutnya nak cicah dengan sardin, tapi kehabisan stok..hehe....kalau dapat kari pun syok jugak.... :P

roti ni nak kena perap lebih kurang sejam...baru naik....masa goreng tu, kembang setaman je roti...bangga tengok dia kembang..hehe...antum smua nak ke resepi roti ni?? boleh,boleh,boleh ( sambil angguk2 kepala)..

bahan-bahan :


bahan A
setengah paket yis mauripan (peket 11gm)
2 sudu air
1 sudu gula
---> masuk dalam mangkuk dan kacau. tutup dan biarkan sebentar. yis ni kalau elok, dia akan berbuih..

bahan B
250 g tepung gandum
1 sk gula
1 sudu gula
1 sudu marjerin/mentega
100 ml susu cair/susu segar
air secukupnya untuk menguli
minyak untuk menggoreng.

cara-cara :
1. campurkan tepung gandum + gula + garam + marjerin. gaul sebentar. kemudian masukkan bancuhan yis tadi. gaul lagi.
2. masukkan susu dan uli lagi. sambil itu masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. tak payah uli sampai licin pun x pe. jangan tambah tepung kalau adunan tu melekat kat tangan.
4. tutup doh tadi dengan kain lembap dan perap selama 1 jam.
5. selepas 1 jam, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
6. bahagikan doh kepada 10 bahagian. buat bulat2.
7. canai doh jangan terlalu nipis. letak dalam dulang yang ditabur tepung supaya tak melekat. canai sampai habis.
8. semasa menggoreng, simbahkan minyak keatas roti supaya roti jadi kembang setaman. hehe. api jangan kuat sangat ye sebab kalau kuat roti x sempat kembang dah hangus.
9. alih2 kan roti. goreng hingga kekuningan. angkat dan toskan roti di atas kertas seraqp minyak/tisu.
10. ehem3.... boleh la dihidangkan dengan sambalikan bilis, sardin, kari ayam/daging....
enak hingga menjilat jari....wallllahhhhh....^.~


info tambahan.....hikhik
kalau rasa nak buh inti pn buleh jugak...epas canai2 tu, letak la inti contohnya kaya dalam tu... pastu tutup dan kemaskan... goreng mcm biasa... sedap....ana buat baru ni buh inti kaya..huh.... terangkat!! ^.^

Selasa, 14 Jun 2011

:: Khasiat Dalam Buah-buahan #2::

ha, hari tu che' dah kongsi dengan hangpa semua khasiat dalam buah-buahan ovesi kan...la ni che' nak kongsi khasiat buah-buahan tempatan pulak... buah-buahan tempatan pun banyak khasiat jugak...setanding dengan buah-buahan ovesi nuu.... ok. mai baca noo.... :)

1. Nanas
Nama saintifiknya ananas cosomos. mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A,B, dan C. jus nanas sangat berkhasiat untuk mengatasi kekeringan bibir dan kulit muka. nanas juga sesuai untuk wanita yang mana dapat membantu melancarkan perjalanan haid serta berkesan untuk pencernaan serta masalah-masalah pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. juga merupakan penawar bagi penyakit batu karang dan dapat mengatasi masalah kencing tidak lawas.

 2. Belimbing
buah tropika yang sangat enak dan boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk  atau jus. nama saintifiknya ialah averhoa crambola. sesuai untuk penghidap kencing manis di mana dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga untuk mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.



3.Pisang
kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. pisang juga mengandungi kromium iaitu bahan yang meransang aktiviti enzim dan metabolisma glukos yang penting untuk mebekalkan tenaga. getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka dalam perubatan tradisional. nak tau caranya? sapukan sahaja getah pisang pada luka dan darah akan berhenti. kudis pula boleh dirawat dengan menggunakan kulit pisang.

4. Delima
kulit buah delima mengandungi asid tannin yang mat berkesan untuk mengatasi masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak. selain itu, buah delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, pottasium, magnesium vitatrmin A dan C. berkesan untuk meredakan cirit birit yang kronik termasuk bengkak usus dan juga merawat buasir.

5. Mangga
digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan menyembuhkan penyakit hernia. hernia merupakan penyakit yang menyebabkan isi perut turun kebawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan. mangga kaya dengan pelabagai zat galian termasuk vitamin A dan C yang boleh bertindak melancarkan peredaran darah.

Marilah bersama-sama makan buah-buahan tempatan... :P

:: Sekuntum Bunga Raya::


Ketika sedang berjalan-jalan menikmati angin petang, terdengar kicauan burung...cip...cip...cip... sungguh syahdu suasana ketika itu....aku terus menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan... terlihat olehku sekuntum bunga raya yang cantik warnanya..terpegun seketika. berrwarna putih dan merah jambu...sweeet je....ehehe...

bunga raya kat belakang umah che'.



namun, keindahan yang kurasakan luntur apabila dengan tidak semena-mena kepalaku dihinggapi sesuatu.... perghhh taik najis burung!!! sungguh x beradab sopan... rase nak cepuk2 je kepala burung tu... noh hee...padan muka aku..hikhik...
OK la....ni ada ckit pasai bunga raya yang che' ambik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Raya....
jom baca jom pasai bunga kebangsaan kita ni...

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaanKementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga MelurBunga TerataiBunga MawarBunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan SingapuraSabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

~BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN~

:: Khasiat Buah Roselle::

Baru-baru ni, che' tengok ada lambakan buah roselle kt dapuQ... abang che' baru petik....dia ada tanam pokok roselle... che' pun tertanya-tanya, apa khasiat roselle ni ... jadi che' pun berlayar la mencarik mklumat...hikhik... ni ada ckit info pasai roselle.


Roselle atau nama sainsnya Hibiscus sabdariffa merupakan salah satu spesis bunga raya yang terdapat di negara yang beriklim tropika dan subtropika termasuk Afrika, India dan Asia (termasuk Malaysia). Bunga raya yang sering kita lihat ditanam di taman-taman bunga pula dinamakan Hibiscus rosasinensis dan ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri.
antara khasiat roselle ialah :



Anti penuaan
Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.
Mencegah Penyakit Jantung
Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.
Mencegah Kanser
Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi. Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.
Merawat Demam Panas
Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga meningkatkan antibodi seseorang.
Stress dan Sukar Tidur
Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Dengan kata lain Roselle dapat menenangkan pesakit kerana Stress menghapuskan Vitamin C di dalam badan dan Roselle pula menambahkan Vitamin C. Masalah sukar tidur juga boleh diatasi dengan mengamalkan Roselle sebelum tidur.

buah roselle segaQ
Setelah memisahkan kelopak-kelopak roselle dari bijinya, mak che' pun rebus la dengan ayaQ. ayaQ rebusan tu buat kordial....yang kelopak2 tu mak che' blend, pastu masak...buat jem...sedap dimakan bersama roti Gardenia..... hehe
ni nak buat jem roselle...

:: Puding Trifle Astera::

semangat makan che' semakin menjadi-jadi la ni..awat la noo... lepaih satu, satu resepi lain che' nak cuba...ahha...yang sebenaQnya, che' suka buat ja, bukan makan sangat pun noo....oghang lain kat ghumah che' ni yang makan... tu yang semangat nak buat tu pasai ada oghang yang sudi makan...hehe.... petang semalam, dengan penuh kerajinan, che' buat la puding trifle. che' memang suka puding ni... kalau che' bli kat pasar malam tu, makan sampai menjilat jari sudu.... syiok sungguh....disebabkan keinginan yang membuak-buak nak makan puding ni, che' pun buat la sndiri. bukan apa, selama ni yang che' beli tu kat pasar malam Pak Tuyu nuun di terengganu. haha...... jauh sangat che' kat pahang nak p smpai terengganu semata-mata nak carik puding trifle.

puding trifle astera..:P
 oyeah oyeah.... begitu la dia puding trifle yang che' buat.... nak resepi? buleh...hehe....

Puding Trifle Astera


bahan -bahan: 
kek lapis pandan
setengah tin laici
nata de coco
2 sudu tepung kastad ( dibancuh dengan semangkuk air)
2 sudu gula
setengah tin susu cair
jeli kristal NONA perisa strawberi
air panas

cara-cara :
1. potong kek lapis dan masukkan dalam bekas.
2. tuang sedikit air laici/ nata de coco keatas kek. ( basahkan sedikit sahaja). susun nata de coco diatas kek.
3. masakkan susu cair dengan gula sehingga gula hancur.
4. kemudian masukkan bancuhan tepung kastad. masak sehingga pekat.
5. tuangkan bancuhan kastad tadi ke atas lapisan kek.
6. bancuh jeli kristal NONA dengan semangkuk air panas. kemudian tuangkan keatas bancuhan kastad. susun buah laici diatas bancuhan jeli.
7. biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais.... sedia di makan...nyam3...

ehem3.... che' ghasa nak p makan puding la..hehe...tata....selamat mencuba ya...

:: Etok-etok vs Otak-otak::

hangpa kenai dak etok-etok? otak-otak? bukan otak noo, otak2.... ade kata ganda disitu...hehe...
etok-etok ni sejenis haiwan yang seangkatan dengan kupang, kijing ( bukan kijang ya), lala, x pun kerang....spesies etok2 ni duk dalam sungai....kecik2 ja....macam lala....kulit dia licin, x mcm kerang kulit berketak-ketak..... jom tgk mcm mana ghupa otak-otak etok-etok ni...

ni la dia etok2..kenai dah?
begitu la ghupanya etok2...etok2 ni kalau kat ghumah che', tumis berlada ja sedap.... ha, nak resepi dak? hehe...p ambik pen dengan kertaih p... salin no... hehe

bahan-bahan :
etok-etok ( wajib la kan...hehe)
*cili api
*bawang merah
*halia
*serai
*ikan bilis
garam dan perasa
gula kalau rasa pedas
sedikit minyak untuk menumis
p/s: kesemua bahan diatas sila ikut selera hangpa noo...

cara-cara:
1. basuh dan toskan etok-etok.
2. tumbuk kesemua bahan-bahan bertanda * kemudian tumiskan dengan sedikit minyak
3. masukkan etok-etok dan garam/perasa/gula
4. masak sehingga terbuka semua kulit etok-etok.
5. sedia dihidangkan bersama nasik panas!!!!!!

tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni la dia etok-etok yang dah siap dimasak.
 ok, dah kenai kan etok2? hak yang ni otak2....hehe...sodap jugak kalo dimakan panas2!! huhu



SELAMAT MENCUBA RESEPI ETOK2....

Isnin, 13 Jun 2011

:: Khasiat Dalam Buah-buahan::

hangpa suka makan buah dak? suka? tak suka? tak kisah la hangpa suka ka dak ka, jom ushar2 khasiat yang terdapat dalam buah-buahan ni noo... tapi, buah yang disenaraikan ni buah-buah yang bukan buah2 tempatan.... buah mai dari ovesi nuuuu.....hehe...

1. Strawberri
kenai dak buah ni? kalau kat Malaysia ni, buah ni banyak kat Cameron Higlands nuu... buah ni mengandungi asid ellagic yang bertindak sebagai antioksidan.

2.  Epal Merah
Buah ni dapat membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan. kalau ada hak sembelit tu, elok la makan buah ni kot...:)


3. Epal hijau
kalau tadi epal merah sesuai untuk pencernaan, epal hijau ni pulak sesuai untuk mengrangkan kandungan kolestrol dalam badan. hanya dengan minum jusnya setiap hari cukup untuk membakalkan khasiat yang diperlukan.
4. Anggur
siapa suka buah ni angkat kening...^_^ ..buah anggur ni mengandungi bahan antioksida yang tinggi.anggur hitam mengandungi vitamin dan galian yang amat tinggi berbanding anggur merah. 

5. Kiwi
Buah kiwi ni kaya dengan pottasium, ferum, protein, sodium, kalsium dan serat yang baik untuk kesihatan.

 6. Blackcurrent
RIBENA!!! ha, sebut Blackcurrent, teringat Ribena....buah blackcurrent ni penuh dengan serat yang sangat bagus untuk kulit...kalau ghase nak awet muda tu, elok la makan buah ni... :p

 7. Beri
Buah beri x kisah la beri warna apa pun mengandungi vitamin C semula jadi yang tinggi.

Sabtu, 11 Jun 2011

:: cup cake coklat gebu ::

lepaih melakar kejayaan menghasilkan cup cake obes vanilla, che' pn try la wat cup cake coklat pulak....ha, hak yg ni ghase die lebih enak dr yg obes tu..hikhik..sungguh....lebih gebu dan lembut....panaih2 lg che' dh ngap dh...syiok....che' x ingat la che' ambik kat mane resepi ni...mudah ja nak buat....buleh la untuk budak2 x pandai macam che' ni..hehe...nk isi perut sendiri ja pn..bukan nak buat jual kan... :)

2 biji ja sempat ambik gambaQ..:P
begitu la ghupa cup cake coklat gebu yang che' buat..hehe....kalau ghasa nk order, buleh la...haha.....

:: cup cake obesiti ::

pasai apa cup cake obesiti pulak ni? bahaya ke kalau makan? hehe....dak aih....
aritu che' wat la cup cake....konon nye la cup cake...buh la perisa vanilla... semangat la che' buat...takut jugak x jadi...pes time la katekan... nerbes tunggu hasilnya...hehe...masa duk bakaQ dalam oben cap BUTTERFLY hak yang bakaQ ataih api dapuQ tu, che' pn duk ushar2 la cup cake tu...mak aihhhhh...awat gemuk sangat tu...sampai melimpah-limpah keluaQ!!! terkejut che'..hehe... hangpa nak tengok ka cup cake obesiti yang che' buat tu? sat nooo....tunggu.....hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------LOADING-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------90%--------------------------------------------------------------------------------------------------------50 % ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------10%------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


hak yang depan sekali tu...obes kan dia?haha


ha tu dia.....hak depan tu....nmpak dak die melimpah? haha......kakak che' awai lagi dh sebat cup cake obes tu pasai dia suka makan hak bahagian ataih cup cake yang rangup tu...so, dia ambik la hak obes tu..banyak rangup2..haha...obes pn obes la....habih semua kena ngap dh pn...hikhik

:: Entry ke 10 ::

ahha...untuk entry ke10 ni, che' ingat nk kongsi la ckit info makanan sihat yang che' baca kt sebuah majalah ni....makanan yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita....antaranya :

1. Coklat
Coklat mampu membekalkan tenaga agar badan tak terasa terlalu letih... coklat biasanya dibawa oleh pendaki ketika mendaki..kalau hangpa ghase letih waktu berkerja, x dan nak makan, elok jugak makan coklat ni untuk kembalikan tenaga... selain pada tu, coklat juga buleh membantu sistem pencernaan, memberikan rasa bahagia dan gembira serta menenagkan rasa stress... tapi kan, che' nasihatkan, jangan terlebih makan pulak. takut kalau gemuk, makin tambah stress hangpa adalah...hehe


2. Teh
ayaQ teh memang sedap...minum panaih sedap, sejuk lagi la sedap... teh yang baguih adalah teh hijau. teh ni dapat membantu badan kita lebih rileks dan tenang. kalau sebelum hangpa mula gheja tu, pekena teh secawan pun ok untuk membekalkan tenaga dan semangat!!

3. Smothies buah-buahan
Cuba hangpa bayangkan, segelas smoothies buah-buahan feberet hangpa kt depan mata...aiseh....syiok kan? hehe... smoothies ni bukan saja dapat bekalkan tenaga, tapi hangpa dapat menikmati manfaat daripada buah-buahan segaQ tu jugak. sumber tenaga diperolehi daripada ghasa manis, susu, yogurt dan ais krim. antioksida ngan vitamin pulak diperolehi daripada buah-buahan segaQ tu... tapi, kalau hangpa tengah duk diet, buleh kurangkan kalori dengan hadkan pengambilan gula nooo.....:)




4. Cili
ha? cili? biaQ betui..hehe...betui la...cili@cabai@lada...hak yang pedaih2 tu. hangpa tau dak , dalam cili terdapat minyak capsaicin yang dapat meningkatkan pengeluaran peluh , melegaan perut dan berkhasiat sebagai stimulant . tapi, hangpa jangan makan lebih2 noo....takut lain plak jadinya...hehe


5. Energy bar, oatmeal, cereal
Makanan ni sesuai untuk sarapan pagi @ brekpes. bukan saja enak, tapi dapat bekalkan tenaga pasai ada kandungan karbohidrat dan vitamin B. lagi pulak, Energy bar, oatmeal, cereal buleh wat hangpa kenyang lebih lama. sapa2 yang diet pn elok makan makanan ni...


6. Halia
Ha... hak yang ni tradisional punya. biasanya, ramuan halia ni digunakan untuk menghangatkan tubuh,  dan menyegarkan tubuh yang keletihan serta menghilangkan kelesuan. umumnya, halia ni dapat bantu lancaQkan perjalanan darah.  cara nak khasiat halia ni ialah dengan rebus hirisan halia sehingga mendidih. campuQ sedikit gula perang nak bagi ghasa pedas hilang... pas tu, minum....mesti segaQ kan.. :) halia jugak elok untuk buang angin dalam badan!!


lain kali che' kongsi info lain pulak no.... :P

:: membaca jambatan ilmu :p ::

eheh...tgk tjuk tu...mcm baguih ja...haha....che' ni mmg sangat la ghajin membaca....dh berpuluh-puluh malah beratus-ratus buku che' baca...kira ulat buku la ni...haha...tapi jgn salah sangka no...che' ghajin baca novel ja...haha.....

la ni, che' duk ulang baca novel M.A.I.D karya kak suri.....hehehe...duk ulang baca novel x habih2....syiok sungguh....kalau dapat la suami macam si MR.F tu, alangkah bahagianya!!! haha.....berangan sungguh la...tu la dia kalau baca novel... kalau boleh, semua hero novel tu nak dijadikan suami / pakwe...adeh..... mudah sangat terpengaruh che' ni..haha...
ni dia novel hak che' duk ulang baca la ni....

:: homemade coklat ke batu? ::

homemade choc??? oghang buat, che' pn teringin jugak nak buat..haha....tapi nye, hak che' buat tak sedap macam oghang lain buat....adeh....pasai apa no....ada sapa2 nk ajaQ che' dak? hehe...


choc ni che' juz cairkan choc masakan je...pas tu che' picit buh dalam acuan... senang sangat.... sebab tu x sedap.....haha.... che' simpan ja dalam peti tu...xmau makan pasai x sedap, tapi bila che' p tengok balik dalam peti, aikkkkkk tak dak!!! mana p choc tu? kena buang dah ke?

ushar la kak che' tanya dia mana p choc tu, dia kata habih dah!! tudiaa, x sedap pn habih...haha....

:: kad pengenalan ade dua gambaQ? ::

 
Latar Belakang
Kad pengenalan telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu. Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada pemegang kad pengenalan pada waktu itu.

Evolusi Kad Pengenalan (1948 - 1999)
Kad pengenalan Malaysia telah melalui pelbagai perubahan rekabentuk untuk memenuhi ciri keselematan selari dengan peredaran zaman. Era 80-an Kad Pengenalan Malaysia muncul sebagai dokumen yang sofistikated dan dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan yang maju. Memiliki kad pengenalan adalah penting dalam urusan seharian individu dalam menjamin kesasihan pemegangnya untuk mengelakkan sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan.
penyataan ni che' ambik dr
 http://www.jpn.gov.my/MyKad_Website/pengenalan_sej4.html

yang sebenaQnya, che' nk tnjuk kat hangpa menda yang che' baru tau ni...akceli, x la baru sangat,..hehe...ni pn encik ayah che' yang habaQ... kt pengenalan tu kalau kita suluh gune toshlait a.k.a lampu suluh yang lampu die kaler ungu gitu, akan nmpak la ade 2 gambaQ kt i.c tu...alah, lmpu tu che' ghase same mcm lmpu yg oghang duk scan duit tu...ehhee, che' pn xtau sangat nk ceghite ape psal kad pengenalan ni, jd, che' tnjuk gambaq ja lah no.....hehe

ha, yg kat ataih tu nmpak dak ade 2 gambaQ?

:: SOLAT SUNAT DHUHA ::

Bismillahirrahmanirrahim...


Dilakukan ketika matahari sedang naik sehingga sebelum gelincir matahari untuk memohon kemudahan mendapat rezeki. Dibuat dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Rakaat yang sebenarnya tidak terbatas.

lafaz niat :
( sahaja aku sembahyang sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala)

cara 1
rakaat pertama : surah al-fatihah + surah al-kafirun
rakaat kedua : surah al-fatihah + al-ahad

cara 2
rakaat pertama : surah al-fatihah + surah ash-sham
rakaat kedua : surah al-fatihah + ad-dhuha

cara 3
rakaat pertama : surah al-fatihah + ayat kursi ( 7 kali)
rakaat kedua : surah al-fatihah + ayat kursi (11 kali)

dalamsujud akhir dibaca :

(40 kali)

atau 
(40 kali)

selepas memberi salam, bacalah doa berikut :


alhamdulillah...jom pakat2 buat solat sunat duha.... :)

dipetik dari buku Himpunan Solat-solat Sunat susunan Kamaruddin Mahmood

:: apam DOT.DOT ku::

selamat pagi...hukhuk....che' nk ceghite ni....ehhe....ari tu che' p la jalan2 kat blog kak hana....jumpe la resipi apam dot dot....comey sgt...teringin nak wat.... jadi, che' pn mulakan la projek che' wat apam dot dot ni..hikhik.... lepaih siap adun tepung semua, che' pn picit la dlm cwan kertas yang diletakkan dalam acuan lompang.....che' buh inti kaya....nk carik blueberry cam kak hana buat x jmpe...jadi, kaya pn buleh la..hehe....

dh buh dlm cawan kertas tu, che' pn pikiaq cm mne nk buh dot2 kt ataih tu...disebabkan ketandusan idea, che' pn titik la dot2 tu gune straw ja...ahaha....jadi la dot2 dia lagu gmbaQ kt bawah ni..haha
apam dot.dot x jadi dot....huhu
 nmpak cacat la dot2 tu....macam terencat pn ada....hikhik...hak yg ni che' bagi kat kak ipaQ che' pasai ghumah dia ade kndri ayah dia p umrah... dia ckap rse dh sdap dh....che' pn jd la kembang setaman...hehe.. tang dot2 tu ja yg che' x pas nk buat..kui3.....

disebabkan mlas nk buat dot2 dh, jd che' pn tukaQ la dot2 jd pelangi je..eheehe.... apam dot2 bertukaQ menjadi apam pelangi...taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

apam x berapa nak pelangi...
ha...tu diaaa...apam x berapa nak pelangi sangat.....banyak tu ja yang sempat che' ambik gambaQ.. hak len semua dh masuk dalam prut..haha..

pas ni che' nak buat apam lain pulak......tataaa

:: SUDOKU time!! ::

musim2 cuti sekolah ni,  che' duk saja kt ghumah ni... kawan2 che' yang lain mesti p jalan sakan..huhu...sian kat che'...cuti tinggai seminggu ja lagi..teket dah p beli dah...setelah bermacam-macam perbincangan dilakukan, che' pn membeli la tket flight bas ke terengganu pada 18 jun ni....aiseh....malas pn ade  nak blik.. bukan apa, tapi memikirkan barang yang banyak nak kena kemaih...adoi....baru masuk ghumah sewa la katekan...punya la banyak barang....x tau nk lempaq tang mana barang2 tu...dulu masa mula2 mai daftaq, barang ciput ja... la ni barang, kena bawak mai lori nk angkat... nooh heee....hehe.....sat sat.....che' nk ceghita pasai SUDOKU sat ni, p melalut ke lain pulak...mahap la no..hikhik...

buku sudoku  yg dibeli di MYDIN k.t..hikhik
ahha...ni dia buku sudoku hak che' slalu men...habih dh pn.... 1 buku tu che' punya...hak 1 lagi cik ayu punya...haha....dia derma kat che'....syiok men sudoku...ketagih ghase....kami p bli buku ni lepaih kami men sudoku kat pizza mase dok tunggu pizza kami smpai...p mydin, terus beli buku ni...hikhik...time final exam ari tu, oghang lain duk gadoh baca buku, che' duk gadoh men menatang ni...ceh....kalo result che' teruk, che' salahkan sudoku ni...haha....

jom pakat2 men sudoku jom..... :P

Rabu, 8 Jun 2011

:: mai makan jeli kelapa.. :) ::

~ amboi, panaih sungguh petang ni... berpeluh-peluh che' duk kat ghumah ni... ghasa nk duk dalam peti aih ja...hehe....baru syok, ala2 duk kat ovesi gitu...haaa.....
aiseh, panaih2 lagu ni kalau dapat ayaq batu campuq ka syiok jugak....x hengat oghang lain dh kalau dapat....ayoyo...meleleh la ayaq liuq.....tp, kalo dapat jeli kelapa hak yg sejuk buh dalam peti aih pn dh kira ok la jugak..hehe....

taddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
ya ampun!!!!! jeli kelapa dh muncul.... baru sebut2...haha...syiok nye...........
jeli kelapa ni che' buat pasai ada kelapa muda banyak abang che' kait.......senang ja nk buat jeli kelapa ni...yg penting ada buah kelapa muda....lepaihtu buh la agaq-agaq ckit. masak ngan ayaq kelapa , buh gula sesedap tekak. ha tu dia, siap la..hehe...syiok sungguh.....
kalau beli kat ko-op tu, 1 bekas RM 1.20, x puas makan....ni buat sendiri bagi puas makan...

hangpa jgn jeles no...nyam3....che' mkn dlu...hikhik....

Isnin, 6 Jun 2011

:: jom masak-masak ::

ahha.... che' duk di ghumah ni x de gheja lain melainkan membina badan....
try resepi baghu....syok tu....
ha, petang malam ni che' nk kongsi satu resepi yang che' dh  try wat....jom tgk noo.....


tuuuudiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaa......... pasai apa hitam sgt tu...haha...
tu apam balik che' buat....sedaaappp tp hitam ckit.....bese la, amatur lg ni....:)
resepi ni senang ja....buleh la stakat nk isi perut sndiri....
buleh buh kacang, jagung banyak2...sampai melimpah keluaq tu...haaa.....
aiseh, nk kne wat lg ni...nyam3....

::Bismillahirrahmanirrrahim ::

: : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Testing.....1.....2......3.......
Yeah.....akhirnya, tercipta jugak blog che' ni....setelah sekian lama.... :)
xtau pasai apa tangan ni ghajin sgt nk menaip...
harap2 semangat che' ni x berkubur ditengah jalan la yek...hehe
ok la.....nnt che' post lagi ye...
tata...... :P