Bismillahirrahmanirrahim...
ok la...cheQ ghasa nak share satu resepi dengan hangpa
semua... resepi apa ya... tengok2 gambaQ, cheQ pilih nak share resepi Ais Krim Goreng la..haha.... ni first time
cheQ buat.. pernah makan, tapi beli... jadi cheQ pun mulakan operasi dengan
membeli roti dan cari aiskrim vanilla..eh.eh.eh..tekanan jugak nak carik
aiskrim ni pun... selalu kalau tak carik tu, berlambak dalam peti ais kat kedai
tu..dan2 time cheQ mai carik, tak dak pulak..huhu...ais krim perisa lain
bersepah-sepah ada... memang la takanan... 2 3 hari jugak la baru nak ada...
dugaan...:)
macam biasa la, resepi cheQ ambik dari internet...tengok
blog2 masakan...tu salah satu hobi cheQ kalau online..:) tapi tak ingat dah
ambik mana, pasai dh print lama dah...
sediakan bahan-bahan nak buat aiskrim goreng ni noo...
-roti
-aiskrim vanilla / apa-apa perisa
minyak untuk menggoreng
cheQ tambah biskut oreo yang dihancuQkan dalam tu..:)
bancuh tepung sikit dengan air.
memula, ambik sekeping roti, lenyekkan sikit.
letakkan 1 scoop / sudu aiskrim ataih tu...
tabur dengan oreo yang dah di hancuQkan..
tangkupkan sekeping lagi roti...sapukan bancuhan tepung
keliling roti.
tekapkan dengan cawan / apa-apa yang bentuk bulat.
goreng terus dalam minyak panaih...
angkat dan ngap..
huhu..sedap...panaih diluar, sejuk di dalam..cair
ja...nyam.nyam.nyam....
yang lebihan tepi2 roti tu, boleh la dimakan macam
ni..haha....
tepi roti tu banyak lebih, nak buang sayang, jadi cheQ pun
buat la puding roti...buat ikut sedap ghasaa cheQ jaa...huhu..tu pun licin...
ok... selamat mencuba..hehe
wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan