Khamis, 14 Februari 2013

::Kuih Keria/Kuih Tayar::

Bismillahirrahmanirrahim....

Dua tiga menjak ni, cheQ busy betui la..tak dan nak hapdet entri selalu... asyik bergelumang [ayat skema..huhu] dengan rancangan pengajaran.. tetiap hari..kadang-kadang ghasa dah tak dak idea nak tulis apa.. 

hari ni ghasa nak hapdet sat... nak buh resepi jaa.. main masak-masak kat ghumah masa cuti dulu...layan jaa laa noo...hehe

kuih ni antara faberet cheQ...cheQ panggil kuih tayar jaa...


ubi keledek..tak tau berapa beratnya..tapi cheQ beli dalam paket RM2..:p

potong kecik2, pastu rebus bagi empuk....

lenyek kan ubi yang dah direbus... campur dengan gula dalam 2 sudu...

tepung gandum 1 cawan... 

uli bagi sebati.... kalau ghasa mcm lembik lagi, tambah tepung sikit-sikit.. agak2 la noo.... garam jangan lupa buh sikit...

buat la bulat-bulat noo... dapat 25 biji yang cheQ buat ni... letak minyak kat tangan dengan dulang bagi tak melekat... abaikan bentuk kuih tayar cheQ yang herot petot...huhu

goreng sampai kekuningan atau hangpa ghasa masak tu boleh la angkat...:)

sira kan dengan gula... masak gula sampai cair, tutup api, masuk kuih dalam tu, kacau-kacau bagi sekata....siap... hidangkan la noo....:)
ok..sekian entri hari ni..huhu...

wasaalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan