Isnin, 4 Februari 2013

::Kuih Vadei / Masalodeh::

Bismillahirrahmanirrahim....

hari ni cheQ macam ghasa ghajin pulak nak update blog...hehe...nak share resepi kuih masalodeh / vadei yang cheQ try buat masa cuti sekolah hari tu.. macam biasa la... projek main masak-masak..hehe...

kuih ni cheQ suka makan, pasai dia keras-keras, pedas-pedas, masin-masin.. :p teringin nak cuba...tp cheQ buat ni kurang garam la....:[ jadi tak berapa nak ummpphhh... tapi licin jugak..hehe
kuih ni biasanya oghang India makan, tapi cheQ oghang Melayu naa...haha

ni resepi copy paste...:)

Kuih Vadai
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:-

400 gm kacang dal-rendam semalaman
1 sudu besar jintan manis
2 ulas biji bawang besar-di hiris nipis
4 biji cili kering-potong kecil
Daun kari-dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Cara membuatnya:-

Kacang dal dikisar menggunakan kisar kering. tambah sedikit air.
Satukan semua kacang dal yang dikisar tadi kedalam mangkuk besar dan masukkan semua bahan2 yang lain.Gaul adunan hingga sebati.
Panaskan minyak ambil sedikit adunan leperkan dan bolehlah di goreng hingga kekuningan dan agak garing sedikit.
Angkat dan hidangkan bersama cili hijau.


ni versi cheQ punya..:)


kasi posing ini kacang dhal dulu... dalam 400gram...

rendam kacang dhal semalaman.

dh rendam semalaman, boleh la di kisar guna pengisar kering ye...


campur semua bahan...buat bulat dan leperkan...

goreng sampai kekuningan...MASAK!!

haha..dah siap dah kuih vadei ni... adunan tadi tu kalau nak goreng sikit ja, boleh la simpan dalam peti noo....

ok siap....makan panaih-panaih noo...sedap.... sy suka [gaya mei mei]...heehe

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan