Isnin, 13 Jun 2011

:: Khasiat Dalam Buah-buahan::

hangpa suka makan buah dak? suka? tak suka? tak kisah la hangpa suka ka dak ka, jom ushar2 khasiat yang terdapat dalam buah-buahan ni noo... tapi, buah yang disenaraikan ni buah-buah yang bukan buah2 tempatan.... buah mai dari ovesi nuuuu.....hehe...

1. Strawberri
kenai dak buah ni? kalau kat Malaysia ni, buah ni banyak kat Cameron Higlands nuu... buah ni mengandungi asid ellagic yang bertindak sebagai antioksidan.

2.  Epal Merah
Buah ni dapat membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan. kalau ada hak sembelit tu, elok la makan buah ni kot...:)


3. Epal hijau
kalau tadi epal merah sesuai untuk pencernaan, epal hijau ni pulak sesuai untuk mengrangkan kandungan kolestrol dalam badan. hanya dengan minum jusnya setiap hari cukup untuk membakalkan khasiat yang diperlukan.
4. Anggur
siapa suka buah ni angkat kening...^_^ ..buah anggur ni mengandungi bahan antioksida yang tinggi.anggur hitam mengandungi vitamin dan galian yang amat tinggi berbanding anggur merah. 

5. Kiwi
Buah kiwi ni kaya dengan pottasium, ferum, protein, sodium, kalsium dan serat yang baik untuk kesihatan.

 6. Blackcurrent
RIBENA!!! ha, sebut Blackcurrent, teringat Ribena....buah blackcurrent ni penuh dengan serat yang sangat bagus untuk kulit...kalau ghase nak awet muda tu, elok la makan buah ni... :p

 7. Beri
Buah beri x kisah la beri warna apa pun mengandungi vitamin C semula jadi yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan