Ketika sedang berjalan-jalan menikmati angin petang, terdengar kicauan burung...cip...cip...cip... sungguh syahdu suasana ketika itu....aku terus menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan... terlihat olehku sekuntum bunga raya yang cantik warnanya..terpegun seketika. berrwarna putih dan merah jambu...sweeet je....ehehe...
bunga raya kat belakang umah che'. |
namun, keindahan yang kurasakan luntur apabila dengan tidak semena-mena kepalaku dihinggapi sesuatu.... perghhh taik najis burung!!! sungguh x beradab sopan... rase nak cepuk2 je kepala burung tu... noh hee...padan muka aku..hikhik...
OK la....ni ada ckit pasai bunga raya yang che' ambik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_Raya....
jom baca jom pasai bunga kebangsaan kita ni...
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.
Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.
~BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan