puding trifle astera..:P |
Puding Trifle Astera
bahan -bahan:
kek lapis pandan
setengah tin laici
nata de coco
2 sudu tepung kastad ( dibancuh dengan semangkuk air)
2 sudu gula
setengah tin susu cair
jeli kristal NONA perisa strawberi
air panas
cara-cara :
1. potong kek lapis dan masukkan dalam bekas.
2. tuang sedikit air laici/ nata de coco keatas kek. ( basahkan sedikit sahaja). susun nata de coco diatas kek.
3. masakkan susu cair dengan gula sehingga gula hancur.
4. kemudian masukkan bancuhan tepung kastad. masak sehingga pekat.
5. tuangkan bancuhan kastad tadi ke atas lapisan kek.
6. bancuh jeli kristal NONA dengan semangkuk air panas. kemudian tuangkan keatas bancuhan kastad. susun buah laici diatas bancuhan jeli.
7. biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais.... sedia di makan...nyam3...
ehem3.... che' ghasa nak p makan puding la..hehe...tata....selamat mencuba ya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan