Rabu, 15 Jun 2011

:: roti arab mari ::

masa'an nur...... selamat petang...hehe

hari ni ana ( ganti che'...mood arab..hehe) nak tnjuk kat antum semua roti arab yang ana dh buat..hikhik...roti ni x susah sangat pun nak buat....rase die gebu je..lembut..sedap makan masa panas-panas tu...hmmm...... enaknya....

roti arab dan sambal...nyam3..
itu la roti arab yang ana buat...cicah dengan smbal telur dadar....sepatutnya nak cicah dengan sardin, tapi kehabisan stok..hehe....kalau dapat kari pun syok jugak.... :P

roti ni nak kena perap lebih kurang sejam...baru naik....masa goreng tu, kembang setaman je roti...bangga tengok dia kembang..hehe...antum smua nak ke resepi roti ni?? boleh,boleh,boleh ( sambil angguk2 kepala)..

bahan-bahan :


bahan A
setengah paket yis mauripan (peket 11gm)
2 sudu air
1 sudu gula
---> masuk dalam mangkuk dan kacau. tutup dan biarkan sebentar. yis ni kalau elok, dia akan berbuih..

bahan B
250 g tepung gandum
1 sk gula
1 sudu gula
1 sudu marjerin/mentega
100 ml susu cair/susu segar
air secukupnya untuk menguli
minyak untuk menggoreng.

cara-cara :
1. campurkan tepung gandum + gula + garam + marjerin. gaul sebentar. kemudian masukkan bancuhan yis tadi. gaul lagi.
2. masukkan susu dan uli lagi. sambil itu masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. tak payah uli sampai licin pun x pe. jangan tambah tepung kalau adunan tu melekat kat tangan.
4. tutup doh tadi dengan kain lembap dan perap selama 1 jam.
5. selepas 1 jam, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
6. bahagikan doh kepada 10 bahagian. buat bulat2.
7. canai doh jangan terlalu nipis. letak dalam dulang yang ditabur tepung supaya tak melekat. canai sampai habis.
8. semasa menggoreng, simbahkan minyak keatas roti supaya roti jadi kembang setaman. hehe. api jangan kuat sangat ye sebab kalau kuat roti x sempat kembang dah hangus.
9. alih2 kan roti. goreng hingga kekuningan. angkat dan toskan roti di atas kertas seraqp minyak/tisu.
10. ehem3.... boleh la dihidangkan dengan sambalikan bilis, sardin, kari ayam/daging....
enak hingga menjilat jari....wallllahhhhh....^.~


info tambahan.....hikhik
kalau rasa nak buh inti pn buleh jugak...epas canai2 tu, letak la inti contohnya kaya dalam tu... pastu tutup dan kemaskan... goreng mcm biasa... sedap....ana buat baru ni buh inti kaya..huh.... terangkat!! ^.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan