Latar Belakang   |    
 Kad pengenalan  telah dikeluarkan di Malaysia semenjak lebih lima puluh tahun dahulu.  Tujuan utama pengeluaran kad pengenalan pada ketika itu adalah untuk  menjaga keselamatan negara daripada ancaman komunis. Penggunaan kad  pengenalan telah berjaya menghapuskan kesukaran mengenalpasti kumpulan  komunis yang mengganas ketika itu. Sistem tersebut diwajibkan kepada  rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas dan ia berjaya menangani  pergerakan komunis kerana kebebasan bergerak hanya terhad kepada  pemegang kad pengenalan pada waktu itu.  |    

Tiada ulasan:
Catat Ulasan