ha, hari tu che' dah kongsi dengan hangpa semua khasiat dalam buah-buahan ovesi kan...la ni che' nak kongsi khasiat buah-buahan tempatan pulak... buah-buahan tempatan pun banyak khasiat jugak...setanding dengan buah-buahan ovesi nuu.... ok. mai baca noo.... :)
1. Nanas

Nama saintifiknya
ananas cosomos. mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A,B, dan C. jus nanas sangat berkhasiat untuk mengatasi kekeringan bibir dan kulit muka. nanas juga sesuai untuk wanita yang mana dapat membantu melancarkan perjalanan haid serta berkesan untuk pencernaan serta masalah-masalah pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. juga merupakan penawar bagi penyakit batu karang dan dapat mengatasi masalah kencing tidak lawas.
2. Belimbing

buah tropika yang sangat enak dan boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk atau jus. nama saintifiknya ialah
averhoa crambola. sesuai untuk penghidap kencing manis di mana dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga untuk mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi,
gingivitis atau radang gusi.
3.Pisang
kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. pisang juga mengandungi
kromium iaitu bahan yang meransang aktiviti enzim dan metabolisma glukos yang penting untuk mebekalkan tenaga. getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka dalam perubatan tradisional. nak tau caranya? sapukan sahaja getah pisang pada luka dan darah akan berhenti. kudis pula boleh dirawat dengan menggunakan kulit pisang.
4. Delima

kulit buah delima mengandungi asid tannin yang mat berkesan untuk mengatasi masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak. selain itu, buah delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, pottasium, magnesium vitatrmin A dan C. berkesan untuk meredakan cirit birit yang kronik termasuk bengkak usus dan juga merawat buasir.
5. Mangga
digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan menyembuhkan penyakit
hernia. hernia merupakan penyakit yang menyebabkan isi perut turun kebawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan. mangga kaya dengan pelabagai zat galian termasuk vitamin A dan C yang boleh bertindak melancarkan peredaran darah.
Marilah bersama-sama makan buah-buahan tempatan... :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan