Jumaat, 19 Oktober 2012

:: Apa itu I-Think::

 Bismillahirrahmanirrahim....

Apa itu I-Think?? skema pulak... ok...hangpa tau dak apa tu I-Think... mai cheQ nak ceghita sikit noo apa dia I-Think tu.... ilmu ni cheQ dapat masa pi seminar baru-baru ni...

I-think ni diperkenalkan untuk membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar disamping melahirkan murid yang berinovatif. 

melalui i-think ni, murid-murid akan didedahkan dengan lapan jenis carta yang boleh digunakan untuk menghasilkan nota. ini amat berguna tau. menurut pensyarah cheq ( Dr. Irfan Nyia) yang bagi seminar ni, berkemungkinan program i-think ni akan mula diperkenalkan disekolah di Malaysia pada akhir Oktober ni...wallahualam... ada 8 jenis carta(map) ni.. 


  1.  peta bulatan ( circle map). kebiasaannya carta jenis ni guna untuk bagi definisi ataupun nak dapatkan maklumat tambahan(brainstorming).

sumber: tok ki google
sumber : tok ki google

dua-dua gambaQ di ataih tu menunjukkan peta bulatan (circle map). cara nak gunapeta ni ialah minta murid-murid tulis tajuk utama ditengah-tengah bulatan dan minta murid huraikan/ senaraikan isi berdasarkan tajuk pada bahagian bulatan yg ditepi... boleh guna kaedah tulisan ataupun lukis/tampal gambar.

2.    peta pokok ( tree map). peta ni digunakan untuk membuat pengelasan.


sumber: tok ki google
sumber : tok ki google
ok....contoh macam dalam gambaQ tu... tajuk utama letak di ataih, pengelasan/kategori tulis di bawah. yang tu tunjuk contoh pengelasa bagi haiwan. kelaskan haiwan mengikut jenis.

3.    peta buih (bubble map).  peta ni biasa digunakan untuk menerangkan sesuatu..contoh nak terangkan pasai bunga. kat bulat tengah tulih la bunga, bulat yang tepi-tepi tulis la ciri-ciri bunga.

sumber: tok ki google
sumber : tok ki google


boleh juga guna untuk terangkan sesuatu watak.

4.    peta buih berganda (double bubble map). peta jenis ni guna untuk membandingbea sesuatu perkara. contoh: nak banding beza watak Harry Potter dengan Superman. bulatan yang bersambung ditengah-tengah tu untuk tulis persamaan. yang tepi-tepi untuk tulis perbezaan watak tu. 

sumber : tok ki google

sumber : tok ki google
5.   Peta alir (flow map) ni untuk menerangkan urutan. contoh kalau urutan nak masak nasik goreng, boleh la guna peta air ni... yang penting urutan ni mesti anak panah dia selari. tak boleh anak panah bertentangan. 

sumber : tok ki google
contoh yang kat bawah ni urutan pasai siap nak pi sekolah.

6.  Peta pelbagai alir ( multi-flow map). peta ni guna untuk menerangkan sebab dan akibat. contoh pasai kebakaran. tajuk tulis kat tengah. sebab sebelah kiri, akibat sebelah kanan.


sumber : tok ki google
sumber : tok ki google
kat atas tu contoh kemalangan kereta. sebab dan akibat....


7.  Peta dakap ( Brace map). digunakan untuk terangkan hubungan bahagian dengan seluruh.  contoh nak terangkan pasai manusia. apa hubungan bahagian yang berkaitan dengan manusia? contoh kepala, badan, kaki. bahagian kepala ada pecahan lagi kepada mata, hidung, mulut.

sumber : tok ki google

sumber : tok ki google

8.    Peta titi ( bridge map). peta ni untuk membuat analogi- hubungan yang sam, mencari faktor perhubungan.

sumber : tok ki google
contoh tengok gambaQ kat ataih tu. untuk buat analogi karektor dalam buku. [Tigger is a character in Winnie The Pooh as Wilbur is a character in Charlotte's Web as Bilbo  is a character in The Hobbit.]



ok...cukup 8 jenis peta. harap semua faham la nooo..hehe....lepaih ni bulih la praktik guna peta macam ni pulak....jangan duk buat sembrono jaa....

sekian sesi seminar kita..:P

wassalam...



4 ulasan: