Khamis, 11 Oktober 2012

:: Ikan Kukus VS Sayur Kangkung Goreng Belacan + Ulam Raja::

Bismillahirrahmanirrahim..

Amboi, hangpa tengok la tajuk entri tu, panjang kan..haha....bukan apa, saja nak tayang menu makan malam semalam punya....pasai apa hak semalam baru hari ni nak tayang? 

haaa...tu la pasai.... lepaih sudah makan semalam, cheQ jadi pening2 lalat + sakit perut + sakit gigi...hahah...tak tau pasai apa...teruih tidoQ..ish3.... lepaih makan teruih tidoQ...tak baguih noo untuk perut anda....haha...

tak pa la....walaupun hari ni ada lagi ghasa sakit perut + sakit gigi, tapi cheQ update jugak la menu makan semalam noo... mai tengok gambaQ dulu noo...


 tu dia...sekoQ ikan..tapi cheQ xtau nama ikan tu apa...huhu


ok..ni kasi zoom dekat sikit..hehe....


 ni dia ulam raja yang cheQ kutip tepi ghumah...hasil tanaman sendiri ni...haha... haluih-haluih ja...pasai pokok tak cukup baja...:)


lastly(speaking noo)  sayuQ kangkung goreng belacan....

ha...dah tengoQ gambaQ kan, laa ni cheQ nak kongsi la resepi... kot2 ada hak yang nak try pulak kan...

Ikan Kukus Astera

bahan-bahan
1 ekoQ ikan (yang disukai)
1 inci halia
1 biji bawang merah
1 biji tomato
1 biji limau nipis
cili api
sedikit garam & kunyit

cara-cara
1. siang ikan, basuh sehingga bersih.
2. lumuQ garam dan kunyit pada ikan. biarkan seketika.
3. potong dadu bawang merah dan halia serta cili padi.
4. gaulkan bahan yang telah dipotong bersama ikan.
5. kukus ikan di dalam pengukus yang dah dipanaihkan selama 20 min..
6. cubit tengok ikan tu dah masak ka belum... kalau isi dia dah masak, bulih la buh tomato yang dah dipotong dadu. kukus sat saja lagi...
7. angkat ikan, hias dengan limau nipis yang dipotong nipis... sedaap oooo makan ikan dengan limau...nyam3.....

SayuQ Kangkung Goreng Belacan Akira
eh, pasaipa akira bukan astera? huhu.... ok next>>>

bahan-bahan:
segenggam sayuQ kangkung
1 inci belacan
cili api
1 biji bawang merah
garam secukup rasa

cara-cara:
1. potong kangkung dan basuh. toskan.
2. tumbuk bawang, cili dan belacan.
3. tumis bahan yang dah ditumbuk sampai naik bau belacan tu satu ghumah..haha
4. masukkan sayur. perasakan dengan garam. kalau nak kuah tambah la ayaQ sikit.
5. jeng3...siap la sayuQ tu.... agak2 dah layu masak la tu...
6. sedia untuk berposing depan kamera...haha...

ok....sebelum tu sila la masak nasik noo...kalau tak hangpa makan lauk dengan sayuQ saja laa... ok...sat lagi cheQ share menu sarapan+ tengahari hari ni pulak noo... 

sekian, wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan