Jumaat, 19 Oktober 2012

:: Tazkirah ringkas pagi Jumaat #1::

Bismillahirrahmanirrahim....

Sejuknya pagi ni...hujan turun dari malam semalam hingga ke pagi ni tak berenti lagi...sangat seronok kalau menyambung tidoQ..hehe....nyaman ghasa pagi jumaat ni... Sesungguhnya hujan itu adalah rahmat dari Allah....

mai cheQ nak share sedikit tazkirah ringkas berkaitan hujan...

Doa ketika hujan: 

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا 
Allahumma Shoyyiban Na’fian
 "Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari)
 Berdoalah ketika hujan krn waktu itu doa mustajab: 
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).

Jadi, seelok-eloknya kalau nampak langit mendung, guruh berdentum yang menandakan hari nak hujan, berdoalah kepada Allah meminta hajat mudah-mudahan diperkenankan oleh Allah s.w.t. Berdoalah juga semoga hujan yang Allah turunkan adalah rahmat dan bukannya bencana.....

Ameeennn....

Sekian tazkirah ringkas di pagi Jumaat ini...Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan