Jumaat, 12 Oktober 2012

:: Ayam Paprik::

Bismilahirrahmanirrahim.....

hari ni cheQ macam ada mood nak study...tapi, lepaih 2 3 mukasurat , cheQ ghasa macam malaih la pulak..hahaha.....itu memang sindrom oghang malaih nak study macam cheQ ni...tak bulih harap sungguh... 

disebabkan ghasa malaih, cheQ pun pi la dapuQ.... nak memulakan operasi masak-memasak la..huhu....ok, 2 3 hari kebelakangan ni, cheQ duk update pasai makanan jaa kan...nampak sangat cheQ tak dak gheja lain selain dari makan..huwaaa... macam mana nak kuruih kalau lagu ni gaya...  sob..sob..sob...sedih la lagu ni...

tapi kalau tak makan satni lapaQ pulak...haha....jadi, cheQ pun teruskan misi memasak...:P masak ayam paprik dan jugak sayuQ kubis goreng untuk menu makan tengah hari tadi.... jom, tengok gambaQ macam biasa...

Ayam Paprik

Sayur Kubis Goreng
Ayam Paprik

bahan-bahan:
400g ayam
segenggam kacang panjang/kacang buncis
separuh lobak merah
lada hitam
bawang merah
sebiji tomato
3 biji cili padi 
4 sudu sos tiram
1 sudu kicap
1 sudu sos cili
(semua bahan-bahan ni cheQ buh sesuka hati jaa)

cara-cara:
1. potong ayam mengikut saiz yang disukai. basuh dan toskan.
2. tumbuk bawang merah dan lada hitam.
3. potong sayur kacang, lobak dan tomato mengikut saiz yang disukai.
4. tumis bawang dan lada hitam sehingga naik bau.
5. masukkan sos tiram dan sedikit air.masukkan ayam.
6. masak sehingga ayam separuh masak.
7. masukkan sayur kacang dan lobak serta cili padi yang ditumbuk sedikit.
8. masak seketika. masukkan sos dan kicap.
9. apabila cukup masak, masukkan tomato. gaul seketika dan tutup api.
10. taaraaaa!!! siap......

ok...resepi yang cheQ masak tadi lagu ni la..lepaih tu baru cheQ perasan cheQ tak buh daun limau purut. ok, terlupa...padahai daun tu ada jaa kat depan ghumah...apa-apa pun, masih boleh dimakan..haha...tu yang penting noo...


ok...malam ni harap2 dapatla study barang 2 3 mukasurat...huhu

eh, tapi kan, ada bola la malam ni....Selangor lawan Kelantan ke apa ntah tak ingat dah cheQ...nak tenggok last2 la, kot2 ada adegan tragik macam semalam..haha...

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan