Jumaat, 26 Oktober 2012

::Tazkirah Ringkas Pagi Jumaat #2::

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Aidiladha....salam pengorbanan...



"Labbai Kallah Humma Labbaik, Labbaikala Syarikalaka Labbaik, Innal Hamda Wanni'mata Laka wal Mulk La Syarikalak"...
"Hambamu datang menyahut panggilanmu. Tidak ada sekutu bagimu. Hambamu datang menyahut panggilanmu....Sesungguhnya segala pujian dan nikmat...Dan pemerintahan adalah kepunyaamu...Tidak ada sekutu bagimu."

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



Alhamdulillah, hari ni kita sama-sama menyambut hari raya Aidiladha... Raya ni macam-macam nama orang sebut.. raya haji, raya Qurban, raya Aidiladha... walau apa pun nama ia tetap perayaan yang sama.

cheQ nak share sikit gambaQ raya haji tahun lepaih punya... keluarga cheQ buat Qurban...


ramai-ramai pakat pi tempat nak Qurbankan lembu... angkut semua anak-anak sedara yang kecik besaQ semua ikut.... yang kopiah putih pakcik yang tukang sembelih lembu...


ni daging yang dah bawak balik ghumah...nak agih-agihkan...cheQ nak fokus kat kepala lembu tu sebenQnya..:D

alhamdulillah...semoga Qurban yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t.....
ameenn...

wassalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan