Khamis, 11 Oktober 2012

:: Daging Bakar Cicah air Asam::

Bismillahirrahmanirrahim....

sambil duk layan ceghita Saiful Nita ni, (saiful tu sangat handsome dan macho) cheQ nak update la pasai menu makan malam tadi.. masak simple2 je..cewah....padahai berpeluh jugak nak siapkan... bukan apa, duk membakaQ ayam tu, bukan main lagi..tapi, hampaih...liat jugak..kuang3.... tak tau la pasaipa...tapi cheQ dengan cik akira makan sampai habih jugak la... tak baik oo membazir...hehe..

ni cheQ nak tayang gambaQ menu makan malam tadi noo... ni semua dah selamat masuk dalam perut...siap hadam dah kot...haha...


ni dia daging bakaQ....
ni guu dia...ayaQ asam..umpppphh...
sayuQ kacang buncis goreng daging...

 ok...sekian sesi tayang gambaQ..hehe....nak resepi dak? ala...cheQ masak pakai buh je bahan-bahan yang ada...almaklum la duk ghumah sewa ni macam2 tak dak.. mai tengok resepi ni..

>Daging BakaQ<

bahan-bahan
200gm daging
1 biji bawang merah
1 inci halia
satu sudu lada hitam
garam dan kunyit

cara-cara
1. tumbuk bawang, halia dan lada hitam.
2. hiris daging dan basuh..toskan...
3. perapkan daging bersama bahan yang ditumbuk tadi.

4. panggang la daging tu sampai masak noo...


>AyaQ Asam<

bahan-bahan
asam jawa
cili padi
bawang
tomato
garam
gula

cara-cara
1. hiris bawang, cili padi, dan tomato.
2. perah asam jawa bersama ayaQ masak.agak2 la nk banyak mana.
3. masukkan bahan hirisan ke dalam perahan air asam jawa.
4. perasakan dengan garam dan gula.
5.siap untuk dihidangkan dengan daging bakaQ!!

ok....setakat tu ja la yang cheQ nak share... cheQ nak sambung tengok ceghita "Dendam Sarakit".....jeng3......

wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan