Isnin, 8 Oktober 2012

:: Resepi Pankek Astera ::

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ahhaaaa....setelah semalam labah-labah mai buat sawang kat blog cheQ ni, tiba-tiba cheQ jadi ghajin pulak nk update....haha

kali ni cheQ nak share satu resepi kat hangpa semua noo... haaa, resepi ni di bagi nama Resepi Pankek Astera.. harus lah ada nama cheQ kat hujunf resepi tu..haaha... ok bai....

eh2...bai dah ka? mana resepi nya? 

eh...lupa pulak....hehe....

ok, jom la tengok resepi ni no...tak mau cuba pun tak pa.... tengok saja la sambil telan ayaQ liuQ..haha...




Bahan-bahan (anggaran 6 biji saiz sederhana )

Bahan A : 
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan B : 
2 sudu besar mentega dicairkan 
sebiji telur
1 cawan susu segar 
sedikit garam


Cara-cara


  1. campurkan bahan A. gaul seketika.
  2. campurkan mentega yang telah dicairkan bersama susu, telur dan sedikit garam. [
  3. gaul sebati kesemua bahan-bahan. 
  4. tuang aduanan ke dalam 'pan' anda yang telah dipanaskan. 
  5. apabila permukaan pankek telah berlubang-lubang, terbalikkan pankek anda. 
  6. setelah siap, sedia dihidang bersama madu, coklat syrup, kaya atau apa jua jem kesukaan anda... selamat mencuba..:P

ok...sekian saja entri untuk pankek ni..haha....malaih la cheQ nk tulih panjang2....ok bai....

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan